Wednesday, May 30, 2012

Heal The Soul: Nikmat Air Mata. Ya الله, Mengapa Wanita Sering Menangis?

Bismillahirrahmanirrahim.

Sorry friends, i often have those days where my body tries to tell me: DONT BOTHER BLOGGING. But ahaa, i just make it crap at all. Thank you for waiting.

Salah satu 'saat' nikmat dalam hidup ini ialah 'saat-saat' dapat menangis kerana mengadu padaNya. Tak caya, cubalah :)
( Consoling my heart )

Duhai mata yang sedang menangis...

Mungkin tika ini kau sedang bahagia. Mungkin juga kau sedang berdukacita. Apapun situasimu, air mata yang mengenangi kelopak matamu & mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu, kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Kenapa menganggap semua tangisan itu satu kelemahan? Kenapa menganggapnya satu lambang ketidakmatangan? Bukankah Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firmanNya:

"Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka bumi mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" (Surah al-Isra': 109)
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkurkan dengan bersujud dan menangis." (Surah Maryam: 58)

Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala diri kita ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya.

Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada (which means, this is a fact). Setelah tangisan kita reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah! Hebat sungguh penciptaan air mata! :')


Duhai mata yang sedang menangis...

Tangisan bukan keaiban, tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, KAU PERLUKAN TANGISAN! Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkap kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apapun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati & perasaan. Isi hatimu kadangkala (not at all lah) perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan & risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata, kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki (am i rite). Tahukah dikau, penyayangnya Allah padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tak hairanlah, kajian ilmiah menunjukkan kau menangis 4x lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki (rujuk statistik). Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan & emosi yang tidak stabil (Prof Muhaya).

Duhai mata yang sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Betul, tangisan itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang, untuk melonjakkan amal & perubahan untuk hari esok. InsyaAllah.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.

Pesan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa: "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"

Selalu aku berdoa, menyoal diri mengapa wanita sering menangis. Aku persoalkan pula mengapa sesetengah wanita keras pula hatinya seperti batu. Aku melihat dari satu sudut positif.

Yah, wanita ini unik. Allah ciptakan kita sebagai makhluk istimewa. Allah jawab mengapa kita ini istimewa. Dia sayangkan kita, Dia muliakan kita. Allah kata:


"AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU berikan dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh orang-orang yang dia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis..itu kerana
AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru."


Allahurabbi, beruntung kita wahai wanita. Air mata itu adalah nikmat jika kita gunakannya kerana takutkan Allah. Boleh buat hati jadi tenang bila mengalirkan air mata kepada aliran yang sepatutnya. Mari cuci hati. Moga hati yang keras, menjadi lebur.

--------------------------------------------------------------------------------------------

# Alhamdulillah, hati lebih tenang. Im struggling to become better. When someone try to push you down, you did fall down, but you get up higher & you prove you have Allah & you can go on with a happier life (win). SMILE!

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dari jauh akak sentiasa di belakang sachi ..

Sachi Asukai said...

Thank you so much kak ila!