Bismillahirrahmanirrahim.
Jalan dakwah itu tidak pernah berhenti. Kadang kita tersangkut, kadang kita meluncur laju dengan derasnya. Begitu juga hidup. Tak pernah lekang dengan senyum tawa dan juga tangis manusia. Itulah rencah kehidupan. Hebat kan Allah mencampur adukkan rencah rasa ini di dalam suatu ramuan? :) Agar kemudiannya kita amati dan mengucap segala kesyukuran.
Bukan mudah mahu memenangi hati manusia, apatah lagi memuaskan hati dan segala kehendak mereka. Tapi kita belajar. Belajar dengan kesilapan, dengan pengalaman diri dan orang lain. Segalanya mengikut aturan masa dan waktu yang sangat singkat. Pernah bahu ini ditangisi engkau, yang sangkamu manusia ini talam bermuka dua, menyakitkan hati, merasakan kehadiranmu disia-siakan. Allah T.T Setiap kesusahan kita Allah nilai, sayang. Bahkan setiap orang yang terkena tusukan duri mahupun perkara sekecil daripada itu, Allah angkatkan kita satu darjat :)
Kita dihargai kerana Allah masih menutupi keburukan-keburukan kita. Sungguh mudah bagiNya untuk membuka meski kita berusaha menutupinya. Jangan kau sangka aku yang sering menegurmu adalah orang yang bertaqwa. Jangan kau fikir aku yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tidak diuji. Jangan kau ingat aku yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. Hakikatnya aku menegurmu untuk mengingatkan diriku juga. Dan hakikatnya aku bertegas kerana risaukan bahang api neraka. Aku memang bukan malaikat, nabi serta ulamak..tapi aku hanyalah insan biasa seperti engkau.
Aku cuma membawa diriku bersama engkau ke Jannah. Pesan pada diri, jangan gentar hadapi ujian hidup. Pesan pada hati, jangan berputus asa dengan rahmat Ilahi. Pesan pada naluri, berhenti dari terus mengeluh dan kecewa. Bukankah Allah itu sentiasa ada untuk kita? Sentiasa bersama dalam duka dan tawa kita :) Ketahuilah, Dia tak akan sesekali tinggalkan kita... kecuali kita sahaja yang seakan meninggalkan Dia. La Tahzan atas takdir hidupmu sahabat. Allah telah merancang yang terbaik buat kita. Senyum, senyum ^^
Hey, don't worry everything is gonna be okay. Allah is always here, right? ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I'm gonna miss this moment :)
No comments:
Post a Comment