Friday, July 6, 2012

Kerja Itu Ibadah by Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini cerita empat minggu lalu :) Sebelum saya habiskan time-time praktikal saya di JMG, Kuala Lumpur, saya sempat attend satu talk di Tabung Haji since masa tu tak banyak kerja and belum kabut nak buat report praktikal untuk submit pada minggu hadapannya.

Lepas breakfast pagi tu, ramai yang ajak untuk turun dewan sebab ada penceramah hebat. I wonder who he is. And then mulalah kawan office tarik2 tangan, siap call lagi suruh turun bawah sebab nak ada teman. I admit, "jomlah jomlah". Hehe. So lepas ambil tempat and duduk, sementara tunggu Ustaz Don datang, saya belek-belek lah phone Blackberry Kak Ju. Ingat nak beli BB Bold :)

And then, 5 minit lepas tu saya noticed Ustaz Don dah sampai. Eyh, dia tak pakai jubah and serban macam dalam TV-Al Hijrah tu tau. Dia pakai kot and spec mata hitam. Smart and hensem. Time tu ramai yang tak perasan Ustaz Don dah datang. Bila dia sampai-sampai salam-salam dengan orang kenamaan Tabung Haji kat situ, and time dia bukak spec je, saya dengar ramai gadis2, makcik2, kakak2 kat situ terpegun and cakap:

"Waaaahhhhhhhhhhhhhhhhh"

Seriously, yang ni tak tipu. Lelaki-lelaki kat dewan tu pun dah mula jeles. Hehe. Cayalah penangan Ustaz Don ni :)


Single, but not available. Bertuah bakal isteri Ustaz Don. 

Okay, back to the topic. "Kerja Itu Ibadah". 

Banyak ilmu yang Ustaz Don sampaikan. MasyaAllah, saya suka dengan cara penyampaian beliau. Sangat lembut, sangat merendah diri, tak sombong, tak riak. Kalau ada ilmu yang Ustaz Don terlupa nak sampaikan, he will said:

"Astaghfirullah, tu la riak sangat tadi nak ingat"

He is very humble. And very polite. Beliau cerita, Allah marah sangat kalau kita tahu sesuatu benda, tapi kita tak buat. Ada ilmu, sampaikan. Ada ilmu, jangan kedekut. Makin kita beri tak bermakna orang tu akan lebih hebat dari kita, tapi makin kita beri, Allah tambahkan nikmat-nikmat ilmu itu dalam diri kita. Subhanallah :)

Contohnya, nabi bila selesai solat, baginda tak ubah kedudukan posisi setelah selepas berisitighfar 33x. Amalkan baca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar (33x). Bila kita amalkan benda ini, ibarat kita sempurnakan 100 kali bacaan 'Lailahaillallah' dan Allah ampunkan dosa kita walau sebanyak buih dalam lautan.

Nabi sebut dalam majlis: Aku kadang-kadang alpa. Disebabkan kealpaan aku, aku beristighfar 100 kali.

Nabi berkata, orang yang tak sempurna solatnya, Allah kata pada malaikat "Carilah apa amalan-amalan sunnah yang bisa menampung kekurangan solatnya". Kalau orang yang solatnya sempurna, Allah kata pada malaikat supaya dicatatkan solatnya sempurna. Amalkan sunnah Nabi after solat, itu kekuatan kita. Doa makbul ada 2 tempat dan salah satunya ialah doa yang kita pohon selepas solat :)

Pesan Ustaz Don, kalau seorang yang pakai kemeja atau baju etcs dengan tidak mengancingkan butang bajunya yang paling atas, itu adalah sunnah Nabi s.a.w (tengok Yusof Al-Qardawi). Kancing lengan itu pun adalah sunnah, macam jubah atau baju2 lain, asalkan ada.

Bila kita bekerja, jangan anggap ianya sesuatu yang remeh ataupun kecil. Kita kena banyak berzikir, banyak bertahajud supaya ada connection kuat dengan Dia.

Ada satu cerita yang buat saya sebak bila mendengar apa yang Ustaz Don sampaikan.


See? Betapa amalan ini mampu bagi impact besar ke atas diri kita. Kalau kamu kata kamu sayang Allah, ikutlah Nabi.

Antara isi yang lain juga, Ustaz Don sempat bercerita tentang:

  1. Orang yang paling mudah dapat pahala ialah orang perempuan. Lagi-lagi kalau yang dah bersuami, apa yang si isteri ni buat, setiap satu perbuatannya mendapat pahala. Orang perempuan ni SEDIA je dah dapat pahala. Sedia makan, sedia minum, seterika baju and etcs.
  2. Jangan samakan diri kita dengan orang lain bila berbicara tentang khusyuk.
  3. Prof Siddiq ade sebut, Nabi pun ada sebut: Demi Allah, semua orang takkan masuk syurga melainkan dia beriman. Jika dia beriman, dia akan berkasih sayang -- Cara kita nak berkasih sayang ialah dengan memberi salam antara 1 sama lain. (Tidak akan berlaku perpecahan melainkan dengan memberi salam). Tanda-tanda manusia akhir zaman ini ialah kita beri salam kat orang yang kita kenal jah. Nauzubillah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"SEBARKAN SALAM"

Lagi kerap kita jumpa dia, lagi kerap kita bagi salam, lagi kerap kita akan berkasih sayang dengan dia. Bila berkasih sayang, takkan ada isu sakit hati. Tengok amalan kita, sudahkah kita berkasih sayang dengan sesiapa yang selayaknya hari ini? 

Nampak tak? Secara automaticnya kita dapat tackle orang tu dengan 'salam'. Jangan tengok benda besar baru nak kira ianya ibadah. Selalunya benda-benda kecil itu lagi besar effect dia, asalkan kita ikhlas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lastly, Ustaz Don kata ada satu time ni, beliau pernah jumpa ade seorang Habib. Ustaz Don suruh Habib tu tolong nasihatkan beliau agar tidak terlupa dengan indahnya dunia. Habib nasihatkan:

  • Banyakkan berniat baik, kerana Nabi adalah orang yang banyak berniat baik. Contohnya seorang suami, before nak bersama dengan isteri dia dah berniat 70 benda baik -- niat, tahajud, baca Quran, solat sama2 and etcs.
  • Kalau kita tak mampu nak berniat baik, cuba amalkan doa ni. "Ya Allah, sepertimana Nabi, alim ulama' berniat baik sebelum (anything yang baik), jadikanlah niatku sama seperti mereka."
  • Ingat ni. Jahat ke dia, baik ke dia, itu antara dia dengan Allah. Kita dengan keturunan Nabi, kita kena buat baik.
  • Nabi cakap: Sesiapa yang sayangkan keturunan Nabi umpama dia menyayangi Nabi :')
  • Kalaulah orang tu kenal dan cinta Nabi, umpama dia lihat Nabi berada depan mata dia. Buat sesuatu dengan penuh rasa cinta. Bila ada nilai, insyaAllah Allah catatkan amalan kita :)




# Lepas habis ceramah and soal jawab, berduyun-duyun orang nak tangkap gambar dengan Ustaz Don. Saya? Hanya sempat melihat dan tersenyum melihat telatah mereka. Subhanallah. Hebatnya penangan Ustaz Don ni :)

No comments: