Bismillahirrahmanirrahim.
"Yang mana satu cantik dipakai?"
"Yang mana satu handsome dilihat?"
Lidahku kelu. Rambang mata. Sungguh, naluri perempuan sebenarnya begitu. Terlalu banyak untuk dilihat dan ditatap, namun yang dipilihnya hanya SATU. Bawaklah dia ke satu mall pun, tapi jika satu sahaja barang yang dilihat berkenan di hati, dia akan tetap berpatah balik untuk membeli apa yang diinginkan itu.
Bukan perempuan sahaja yang acting begitu, lelaki pun tak kurang gayanya. Tetapi, lelaki mungkin lebih bijak mengawal masa daripada berhabisan mencari barang berjam-jam lamanya di mall (dari pemerhatian).
Begitu juga kita dalam memilih jodoh.
Saat kita bersendirian, terlalu ramai yang datang berpusu-pusu untuk menjadikan suri hati. Saat itu hati bagaikan 'rambang' untuk memilih. Terlalu ramai yang baik. Sifat prasangka mula datang - "Aku bukannya kenal dia sangat", "Aku rasa dia baik & bertanggungjawab dengan parents dia, tapi hubungan dia dengan Allah aku tak tau", and etcs. Hati mula tak tetap, asyik jadi ragu. Terlalu fikir mengenai jodoh, dan akhirnya kita terlena di buai arus dilemma.
Hati sikit demi sikit jadi berkarat sebab asyik melayan perasaan 'cinta' yang belum pasti. Allah dah mudahkan pencarian kita. Allah suruh kita istikharah, biar kita pilih yang cantik agamanya, yang kuat pembekal agamaNya. Takpe, dalam hal ni kita kena demand banyak :) Hee.
Zaman kini, facebook menjadi asbab lantaran ramai yang mengatakan ianya punca tercetusnya jodoh sang 'cinta muka buku'. Facebook boleh jadi pendamai, perosak hubungan, berputiknya perkenalan dan pemberi update untuk semua. Banyak baik dan buruknya. Melalui facebook, kita mungkin dapat menilai orang itu melalui statusnya, akhlaknya.
Ada yang melamar si gadis melalui facebook ingin terus berjumpa dengan walinya untuk menyatakan hasrat di hati (tanpa berkenalan). Ada yang cuba menjadi orang tengah untuk merisik si gadis sama ada sudah/belum berpunya. Ada yang IM tak habis-habis ingin berkenalan walaupun si gadis tidak me'respond' messagenya, dan banyak lagi situasi cuba-mencari-jodoh di facebook.
Pesanku, moga kita jadikan facebook itu sebagai saham kebaikan (pahala dan kesan yang baik pada orang sekeliling) di akhirat sana nanti.
Tak salah untuk mengenali orang itu, tetapi jika anda benar-benar mahu memperisterikannya/bersuamikannya, kenalilah orang itu melalui orang yang pernah bermusafir sekali dengannya, yang kenal betul-betul bagaimana dia. Bagaimana perwatakannya bersama ibu dan bapanya, serta keluarganya.
Pesanku, pilihlah yang cantik agamanya, handsome akhlaknya. InsyaAllah zuriat kita akan berkembang menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. #Notetoself.
Jika Aku Jatuh Hati Ya Allah
No comments:
Post a Comment