Monday, November 5, 2012

Jodoh


"Wanita bisa memilih bakal imamnya. 
Kerana bila rosak imamnya, maka rosaklah makmumnya."

Bismillahirrahmanirrahim.

Bukan suatu yang asing, di usia 20-an ini, ramai yang terfikir tentang jodoh. Melihat rakan sekeliling mengundang jemputan, hati bagai berkocak-kocak mahu turut serta mengambil barakah. Inilah lumrah. 

Terlalu rambang untuk memilih, kerana semuanya hebat-hebat belaka.
Pernah aku katakan pada hati:

"Ya Allah, andai dia jodohku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Bukakanlah mataku agar aku dapat melihat kekuatannya. Tapi Ya Allah, andai dia bukan jodohku, singkapkanlah kelemahannya di mataku, agar aku dapat menilai dan memilih calon terbaik untuk generasiku."

Masih terngiang-ngiang doa yang aku panjatkan secara tidak langsung.

Bagiku, doa bukan sahaja melalui tangan yang ditadah, tetapi melalui rasa, hati, fikiran dan perbuatan.

Asal cinta milik Allah,
Perginya cinta dengan izin Allah,
Hilangnya cinta atas kehendak Allah,
Dicintai dan mencintai anugerah dari Allah.


3 comments:

nabila azmi said...

betulll..skg rmi je dh kwen kn.=)...semoga yg jodoh kita itu nnti terbaek buat kita=)..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

doa yg terbaik utk sachi

Sachi Asukai said...

InsyaAllah Nabila :)Semoga roh2 kita diisi dan disuap dengan nilai keimananNya. Saya doakan awak :)

Kak Ila, thanks. May Allah bless you and family :) Thanks kak, sbb sampai skrg support saya. #Syukur