Wednesday, February 20, 2013

Berjalan Jauh

Bismillahirrahmanirrahim.

Bangun Subuh. Tengok handset.

"Sachi, jadi tak nak jogging nih? :)" - Munirah.

Grr. Siap terus macam lipas kudung nak jogging pepagi disulami kabus-kabus dan angin-angin yang mendamaikan. Suka tengok awan :) Suka sangat!

Jogging setengah jam. Bagi kelonggaran pada tubuh untuk work out biasa2 dan tak heavy sangat. Hari first untuk semester ni :) Jogging 3 rounds. Alhamdulillah, badan terasa hangat meskipun peluh masih belum menitik. Syukur kerana hari ini masih lagi diberi ruang, diberi anggota badan yang cukup lengkap untuk membuat aktiviti harian sebagai seorang manusia.

"Lepasni jom pergi makan dekat ada satu kedai ni, tapi jauh sikit la, lauk dia semua RM 1," - Munirah.

"Okay."

Follow her, step by step.

"Lama lagi ke ni, situ eh?" sambil jari telunjuk menunjukkan kedai itu dan ini. Tak sabar.

"Eh tak, depan lagi."

Jalan punya jalan. Err, jauh lagi rupanya. Sedar-sedar dah berjalan sejauh 2.5 km untuk pergi ke satu kedai yang murah itu. Hehee. Lama tak exercise berjalan jauh ni. Sambil berjalan, kami berkongsi cerita.

At last! Sampai pun kat tempat yang dituju tu. Berbaloilah dengan kaki melecet dan penat lelah yang teramat sangat. Duduk and order makanan. Dalam mind asyik fikir, 'okay, makan benda protein - since nak gain weight. haha'. Then we order breakfast there. Mun ate laksam and I ate nasi kerabu with chicken. Minum air suam since baru lepas berjalan jauh tadi. Memang susah diri ni nak sentuh air manis since air mineral/masak is pilihan hati dari dulu lagi. Hee. Kalau minum air manis, kadang-kadang je, sebab sure takkan habis. lol

Burp! Alhamdulillah. Bersedia mental & fizikal untuk berjalan sejauh 2.5 km balik ke universiti tercinta.  Sepanjang tepi road, tak habis-habis dengar bunyi hon dari kenderaan yang lalu lalang. Tension jugak -.-' 'Tak pernah tengok perempuan ke apa.' Hati mendengus.

Sesi berjalan jauh diteruskan dengan bercerita. Kami pegang erat tangan masing-masing sebab semua vehicles memandu dengan lajunya sepanjang road tu. Angin kuat! 

Sedang hati bersedih, kawan menasihati, "Sabarlah. Ada benda Allah nak bagi kat awak ni. Ingat ni je, Allah yang nak benda ni jadi. Dia ada sebab tertentu merahsiakan hikmah yang lebih baik tu. Mungkin lepas ni awak kena lebih banyak berusaha. Lebih banyak berusaha tu maksud kita DOA. Doa banyak-banyak, buat solat hajat, solat dhuha. Gandakan usaha awak. Mohon Allah murahkan rezeki awak. Awak nak buat benda baik, mesti Allah bukakan pintu-pintu rezeki awak ke arah itu."

Dia menyambung, "Kita ingat lagi pesan ustazah kita masa darjah 6, Ustazah kita cakap bila bersedih, baca Yasin. Kalau boleh, dalam satu hari tu, baca Yasin sekali. Awak pun try lah buat. Mesti Allah padamkan kesedihan tu, lambat laun hati awak akan mekar & cantik balik :)"

Subhanallah. Thank you Allah. Sahabat sejati itu memang perlu - ada di saat susah dan senang bersama. Dia hantarkan mereka untuk kita bangun dan beringat. Sepanjang perjalanan, hati merasa bahagia. Walau jauh berjalan, di pertengahan itu Allah sampaikan nasihat-nasihat yang sangat berguna. Yang sangat menusuk kalbu. Benar, Dia masih sayangkan kita, walau kadang kita terleka.



No comments: