Friday, November 29, 2013

Hangout


Bismillah.

Setelah 4 hari amik cuti sendiri lepas event LASKEN, lawat family, beramah mesra heavenly dengan mama, abah dan adik (baru habis SPM), at last kembali balik ke Shah Alam menunaikan tanggungjawab diri untuk impian, keluarga dan masyarakat.

LASKEN ke-II kali ini sangat2 membakar semangat untuk terus berjuang, menyampaikan misi dengan penuh kasih sayang. Ada value yang kita nak bawak pada masyarakat. Yes, VALUE! Later on I will story out tentang event LASKEN, dan apa yang saya dapat belajar haritu.

Gambar di atas, ini impak daripada event LASKEN! Yes, saya belajar untuk sampaikan value, tak kira pada manusia mana sekalipun. Dan balik je dari event, esoknya terus decide fastly nak balik rumah family. Saya sampaikan satu value yang saya sendiri merasa, saat terpikatnya dengan Kelab Nutrisi; iaitu Doa Minda :')

First day kat rumah, buat Doa Minda dengan mama. Bukak2 mata je, tengok mama nangis. Terus peluk mama. Second day, still together buat dengan mama. Dari situ, saya belajar untuk create doa minda yang lebih baik, especially untuk family tercinta. It's becoming a habit and alhamdulillah, I could feel my doa minda is becoming better than before. Syukur.

Last day kat rumah, my best kakak ipar ada, siap kejutkan bangun pagi lagi untuk breakfast. Terkejut dengan surprise Kak Syadah, bangun siap2 salam and terus peluk dia! Part ni memang story macam2 sebab dah lama sangat tak jumpa! Kak Syadah pun bebel adik ipar dia asyik busyyy je, susah nak jumpa! -.-' Maaf kakak! :)

On our way back to Shah Alam, saya share dengan Kak Syadah what is Doa Minda. Masa tu mama drive, Kak Syadah teman sebelah, saya kat belakang. Kak Syadah geram sebab dia tak pernah dapat any chance untuk rasa doa minda together with us. And then mama suggest, "Buat la kat kereta ni pun takpe. Mama drive, korang berdua je buat." Waahh! See, kat mana2 sekalipun boleh apply doa minda ni :')

Alhamdulillah, kesan daripada doa minda, Kak Syadah kata dia nak buat doa minda ni hari2, bukan sahaja untuk kita rasa bersyukur, tapi bagusnya jugak sebab minda kita ni berkuasa, kita dapat bayangkan sekaligus impian kita boleh capai; hari demi hari. Subhanallah.

Gambar di atas, gambar masa kat plant farm, teman mama and makcik tengok plant apa yang nak tanam kat rumah. Hangout happily macam pertama kali dapat kakak ipar baru. Haha. Kasih sayang kami makin kuat. Makin mekar.

Thank you Allah for today.

No comments: