Monday, February 23, 2015

Konsep Rezeki Bila Tidur Selepas Subuh

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Raya Cina ramai yang balik kampung kan? Tak terkecuali aku jugak. Balik Ipoh, cuti-cuti Malaysia sempena cousin kawen. Best gilak! Hehe. Boleh main ayam, guinea pig & sambil-sambil tu main dengan anak buah sekali. Feel kampung sikit bila balik Ipoh. Rindu dengan arwah atok pulak :'(.

Selama cuti kat Ipoh, mesti aku excited nak berguru dengan Ustaz Megat. Waktu first aku datang dulu, tujuannya nak berubat tulang belakang aku yang common sakitnya dikenali sebagai "Scoliosis". Bermacam-macam cara & ikhtiar aku nak pulihkan sakit ni. Tradisional ada, moden pun ada. Tapi bila sampai bab operation, I would say a NO sebab aku ni jenis ikut instinct sendiri. I don't know why, tapi aku lebih percaya dengan kata hati. I believe that Allah would sent me a way untuk kembali pulih semulajadi. Then one day, I was introduced to this Ustaz by my aunt. Sekali lagi, aku excited. A big thanks to Makcu :)

Bila jumpa Ustaz Megat, I was amazed by his house yang superb bersih, kemas & teratur. Ustaz tak terus berubat aku. Tapi beliau bagi facts dan cerita dengan penuh hikmah tentang tulang belakang dari konsep saintific sampai konsep Allah. Tak tercapai dek akal aku apa yang ustaz tu cakap, tak pernah terlintas pun kenapa. Sesi muhasabah awal tu memang buat aku terpana, sebab best sangat cara ustaz ni cerita. Serious but fun, sebab dia bagi otak kita berfikir; WHY AND WHY AND WHY. Dan apa yang aku paling suka, ustaz banyak ajar aku tentang mengenal Allah. Dan aku terdidik sikit demi sikit makin suka dengan ilmu tasawuf. Nak dijadikan cerita, lepas balik berubat tu, ustaz sarankan aku minum rebusan ubi gegeli (order dari Ustaz), selawat dan yakin sepenuhnya Allah bantu.

Balik tu aku belajar:

  1. Yang sepatutnya, sumsum tulang kita doktor tak patut usik pun. Once usik, it will have a problem. (But back to Allah jua)
  2. Apa-apa sakit, makan supplement/healthy food/ubat ke - selaraskan diri untuk rajin baca al-Quran. Ubat segala penyakit ada dalam al-Quran :)
  3. Jangan pernah miss baca Al-Quran. Even a single day. Walau penat macam mana pun haritu, bacalah even 2-3 ayat. Kalau miss jugak satu hari, ulang balik dari awal surah al-Quran (Ni cara ustaz capai habit membaca kalam Allah ni). Ulang dan ulang amalan ni, sampai kita dapat keep habit baca Quran selalu. Kalau tak baca one day, seriously akan rasa kosong je hati ni :(
  4. Apa saja kita nak, mintak je kat Allah - Tak nak beruban ke, nak kaya ke, nak digigihkan usaha ke, nak panjang rambut ke, tak nak jerawat ke, apa-apa je. MINTAK. Yang sedihnya, ramai yang tak nak mintak. (Aku fikir balik, betul lah. Aku tak mintak banyak kat Allah. Lepasni boleh tingkatkan iman sama-sama, talk to Allah :) And the best thing about this Ustaz, walaupun umur beliau dah 64tahun, tapi satu uban pun takde. The key is mintak :) )

Alhamdulillah, kita ikhtiar, Allah bantu. Allah bagi jawapan setelah bertahun mencari, tulang belakang seems better. Makin cantik shape badan, kurang bengkak (suami bagitau hihi) dan makin kurang sakit. Tapi belum fully recovered jadi lurus macam orang lain. But a small changes makes me so happy dan bertambah-tambah syukur dengan ikhtiar ni. Dan makin mendalam rasa aku nak mendalami ilmu tasawuf dengan ustaz ni :) Alhamdulillah.

Sampai pun part yang aku nak cerita based on the title above hehe. Last week aku teman kakak ipar berubatkan babynya yang kuat menangis. Best bila ustaz cerita tentang budak. Then aku tanya tentang persoalan Solat Dhuha. When is the best time to do it? Banyak sangat pendapat; ada orang kata pukul 8.30-10.30, before zuhur and etcs. Ustaz explained to me, kalau nak tahu bila waktunya, is when matahari tu setinggi galah. Around pukul 9am-11am. 

Then ustaz relatekan tentang konsep rezeki. Ustaz bercerita yang manusia ni, kiri kanan depan belakang nya semua ada malaikat yang menjaga, mencatit. Pagi-pagi Allah akan perintahkan malaikat untuk bagi rezeki pada kita selepas waktu Subuh. Tup tup, malaikat tengok kita tidur pulak lepas Subuh. Dan malaikat berkata pada Allah, bahawa si fulan ini sedang tidur saat ia mahu memberi rezeki. Maka, ada 4 perkara yang si fulan akan dapat:

  1. Rezekinya ditarik.
  2. Kesihatannya ditarik.
  3. Akan jadi malas.
  4. Sihir senang terkena (kalau orang buat, sihirnya menjadi).

Aku tanya tips nak elak mudah tidur lepas Subuh. Ustaz kata, senang je. Bangun Subuh, siapa yang keje tu dah boleh siap-siap pergi kerja. Yang stay kat rumah ni, tengok la MHI ke, baca buku ke, buat la apa-apa kat rumah tu, janji tak tidur. Kalau nak tidur sangat, tunggu lah pukul 10pagi baru tidur :D

Okay, that's all ilmu yang aku belajar haritu. Niat nak kongsikan kat sini, supaya one day anak-anak aku pun boleh baca dan amalkan. Jumpa lagi :) Wassalamualaikum wbt.



No comments: