Dengan nama Allah yang Maha Memaafkan,
MAIN KUTU is a trending nowadays tak kira lah main kutu dalam bentuk ringgit atau emas. It's a tradition yang boleh dilihat di kalangan pekerja mahupun adik beradik / saudara-mara.
Ada yang main kutu to support their financial masa nak kenduri, or ada yang join sebab nak bayar hutang and etcs.
It was the first time i joined with few of my relatives. And i blindly play without knowing how was the game played dari sisi Islam. Even though hukumnya harus, tapi masih lagi ada beberapa syarat untuk pemain ketahui. Read this article by Ahmad Faisol Omar.
MAIN KUTU
12 orang guru di Sekolah Menengah Langit Terbuka
telah berpakat bermain kutu. Mereka ialah Cikgu Umi, Cikgu Rodiah, Cikgu
Salina, Cikgu Munirah, Ustazah Nuraini, Ustazah Aisyah, Ustazah
Kamaliah, Cikgu Fatin, Cikgu Jamilah, Cikgu Amalina, Cikgu Faizah dan
Cikgu Nazira. Butir- butir mengenai permainan kutu yang telah
dipersetujui bersama ialah,
1. Permainan kutu bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember.
2. Setiap bulan hanya seorang ahli yang akan menerima kutu. Giliran penerimaan ditentukan secara undian.
3. Cabutan undian hanya dilakukan sekali sahaja pada bulan Januari.
Pemain kutu yang memegang angka satu akan menerima kutu pada bulan
Januari, pemegang angka dua menerimanya pada bulan Februari dan
begitulah seterusnya.
4. Setiap ahli kutu hendaklah membayar yuran
pada setiap hujung bulan sebanyak RM200.00 Ini bermakna jumlah kutu
yang diterima oleh setiap ahli kutu ialah RM2400.00 ( RM200.00 × 12
orang ahli kutu )
Ketua kutu ialah Cikgu Rodiah. Pada hujung
bulan Januari, kesemua ahli kutu menyerahkan wang tunai sebanyak
RM200.00 setiap seorang kepada Cikgu Rodiah untuk diserahkan kepada
penerima pertama. Setelah wang kutu berjumlah RM2400.00 telah terkumpul,
kesemua ahli kutu mencabut undian. Keputusan undian berdasarkan angka
giliran adalah seperti berikut,
1. Cikgu Munirah
2. Cikgu Faizah
3. Cikgu Jamilah
4. Ustazah Aisyah
5. Cikgu Amalina
6. Cikgu Fatin
7. Ustazah Nuraini
8. Ustazah Kamaliah
9. Cikgu Rodiah
10. Cikgu Salina
11. Cikgu Nazira
12. Cikgu Umi
Selepas undian, Cikgu Rodiah menyerahkan wang kutu sebanyak RM2400.00
kepada Cikgu Munirah sebagai penerima pertama. Permainan kutu berjalan
seperti biasa pada bulan- bulan berikutnya berdasarkan syarat- syarat
permainan yang telah dipersetujui.
Pada 15 hb Mac, Cikgu Munirah
terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Dia mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Dengan kematian
Cikgu Munirah, bilangan ahli kutu tinggal lagi sebelas orang.
Pada 17 hb April, Cikgu Jamilah dinaikkan pangkat sebagai pengetua.
Beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Awan Biru. Dengan pertukaran itu,
ahli kutu tinggal lagi sepuluh orang.
Pada 3 hb Oktober, Cikgu
Umi meninggal dunia akibat barah payu dara. Dia tidak sempat menerima
wang kutu yang disertainya. Dengan kematian Cikgu Umi, ahli kutu tinggal
lagi sembilan orang.
ULASAN & PENJELASAN HUKUM
1. Main kutu diharuskan dalam Islam dengan syarat terma- termanya tidak bertentangan dengan prinsip- prinsip Islam.
2. Main kutu adalah berdasarkan konsep tolong- menolong. Setiap ahli
kutu saling tolong menolong mengumpulkan sejumlah wang untuk
dimanfaatkan oleh penerima kutu berdasarkan giliran yang telah
diputuskan secara undian.
3. Ada unsur hutang dalam permainan kutu
iaitu berhutang, memberi hutang dan membayar hutang. Penerima kutu yang
pertama berhutang sepenuhnya kepada semua penerima selepasnya. Penerima
kedua tidak berhutang kepada penerima pertama bahkan penerima pertama
berhutang kepadanya, tetapi dia berhutang kepada penerima ketiga dan
seterusnya. Penerima ketiga tidak berhutang kepada penerima pertama dan
kedua, bahkan dia memberi hutang kepada mereka, tetapi dia berhutang
kepada penerima keempat dan seterusnya. Beginilah keadaannya kepada
penerima- penerima seterusnya yang tertakluk kepada berhutang dan
memberi hutang, kecuali penerima paling akhir di mana dia hanya memberi
hutang dan mengutip hutang tetapi tidak berhutang.
4. Butir- butir hutang mengenai ahli- ahli kutu dalam cerita ini adalah seperti berikut,
1. Cikgu Munirah berhutang RM2200.00 kepada 11 ahli kutu yang lain.
2. Cikgu Faizah memberi hutang RM200.00 kepada Cikgu Munirah dan berhutang RM2000.00 kepada penerima kutu selepasnya.
3. Cikgu Jamilah memberi hutang RM400.00 ( setiap seorang RM200.00 )
kepada Cikgu Munirah dan Cikgu Faizah dan berhutang RM1800.00 kepada
penerima- penerima selepasnya.
4. Ustazah Aisyah memberi hutang
RM600.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada Cikgu Munirah, Cikgu Faizah
dan Cikgu Jamilah dan berhutang RM1600.00 kepada penerima- penerima
selepasnya.
5. Cikgu Amalina memberi hutang RM800.00 ( RM200.00
setiap seorang ) kepada Cikgu Munirah, Cikgu Faizah, Cikgu Jamilah dan
Ustazah Aisyah dan berhutang RM1400.00 kepada penerima- penerima
selepasnya.
6. Cikgu Fatin memberi hutang RM1000.00 ( RM200.00
setiap seorang ) kepada penerima- penerima sebelumnya dan berhutang
RM1200.00 kepada penerima- penerima selepasnya.
7. Ustazah Nuraini
memberi hutang RM1200.00 ( setiap seorang RM200.00 ) kepada enam
penerima sebelumnya dan berhutang RM1000.00 kepada lima penerima
selepasnya.
8. Ustazah Kamaliah memberi hutang RM1400.00 ( setiap
seorang RM200.00 ) kepada tujuh penerima sebelumnya dan berhutang
RM800.00 kepada empat ahli kutu selepasnya.
9. Cikgu Rodiah memberi
hutang RM1600.00 ( RM200.00 setiap seorang ) kepada lapan penerima
sebelumnya dan berhutang RM600.00 kepada tiga ahli kutu selepasnya.
10. Cikgu Salina memberi hutang RM1800.00 ( RM200.00 setiap seorang )
kepada sembilan penerima sebelumnya. Dia hanya berhutang RM200.00 kepada
Cikgu Nazira dan tidak berhutang kepada penerima terakhir ( Cikgu Umi )
kerana dia meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan yuran kutu pada
bulan oktober
11. Cikgu Nazira memberi hutang RM1800.00 ( RM200.00
setiap seorang ) kepada sembilan penerima sebelumnya. Dia tidak sempat
berhutang kepada Cikgu Umi.
12. Cikgu Umi memberi hutang RM1800.00 (
setiap seorang RM200.00 ) kepada sembilan penerima kutu. Dia tidak
sempat memberi hutang kepada penerima kutu kesepuluh dan kesebelas.
5. Semasa kematian Cikgu Munirah, dia masih berhutang RM2000.00 kepada
sepuluh ahli kutu. Hutang itu wajib dijelaskan oleh warisnya dengan
menggunakan harta peninggalannya.
6. Cikgu Jamilah yang bertukar
sekolah mempunyai dua pilihan. Dia boleh meneruskan bermain kutu seperti
biasa atau berhenti bermain kutu jika merasakan kesulitan kerana
bertukar tempat kerja. Jika dia memilih untuk berhenti bermain kutu, dia
wajib menjelaskan hutangnya sebanyak RM1800.00 kepada sembilan ahli
kutu selepasnya ( setiap seorang RM200.00 )
7. Sembilan ahli kutu (
giliran 1 hingga 9 ) yang telah menerima kutu, wajib membayar hutang
mereka kepada Cikgu Umi yang telah meninggal dunia. Setiap seorang
RM200.00. Hutang tersebut hendaklah diserahkan kepada warisnya yang akan
diagihkan mengikut hukum faraid.
Rakan- rakan facebook sekalian.
Saya terangkan konsep main kutu dalam bentuk cerita untuk tatapan anda
semua dan juga share. Jika ingin bertanya atau mengusulkan
penambahbaikan, dipersilakan. والله أعلم بالصواب
This month, it was my turn to get the money. Actually, last month was the exact month for me to get paid. Tapi sebab ramai lagi belum bayar, so i waited patiently until this month. Unfortunately, i didn't get the full payment by them and it hurts me a lot because this month was a struggle for me. I have to move into another house because the owner wants to sell off the house, and i want to use the money to pay off some of my debts.
Kita merancang, tapi Allah itu Maha Merancang.
Pasti ada hikmahnya.
Walau dalam masih terluka, hati ini masih berzikir mengingat Dia.
Kerana dalam diri masih ada 2 jiwa harus aku jaga dari dibelai sikap negatif.
Aku sumpah, agar pihak di sana mendapat kefahaman tentang cara bermain kutu.
Aku sumpah, agar pihak di sana mendapat kemaafan atas kelewatan membayar.
Aku sumpah, agar pihak di sana dimurahkan rezeki berlimpah ruah untuk membayar.
Aku juga punya hidup.
Kasihani aku yang sedang berbadan dua dan sedang kerja keras membina kehidupan.
Assalamualaikum.
Follow @sachiasukai
No comments:
Post a Comment