Tuesday, July 24, 2012

Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji hanya bagi Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku, Si tulang bengkok
Yang Kau gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran
Sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarkan kejadianku memberi guna
Bengkok yang ada manfaatnya

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di sayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati
Sahabat setia penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Siti Khadijah
Ketenangan Baginda Rasulullah utusan Allah.



Aku terdengar bait kata ini -- bahawa perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia. Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji, bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya.

Aku cuba pandang mata hati, rapuh.. Sangat-sangat rapuh untuk mengiyakan apa yang Islam tuntut. Tapi itulah hakikat beragama, semua mahu dan cuba dapatkan kebaikan sebanyak mana yang boleh. Itulah Islam, halus dan indahnya cara yang diperhalusi dengan ketegasan agama.

Umurku sudah kepala DUA. Tak lama lagi waktuku untuk menikah. Menyempurnakan separuh din ku, lengkapi iman-Islamku. Sambil menggapai mimpi, ku telusuri jalan ini hingga langkahku terhenti di persimpangan jalan keputus-asaan dengan sikap manusia. Namun ku berdoa agar ditemukan Yang Soleh yang mampu membimbingku, mengejutkan aku bangun dari tidur di sepertiga malam - berqiam bersama-sama dan melakukan segala hal yang menyemarakkan rasa cinta atas dasar status 'Yang Halal'. Suatu hari nanti, insyaAllah.


# Ya Allah, aku tidak ingin sendiri. Jodohkanlah aku dengan seorang yang baik agamanya, baik akhlaknya dan baik hatinya. Ameen :)


No comments: