Saturday, July 28, 2012

Bersabar Biar Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim.


"Sabar. Jangan ikutkan emosi."
"Sabar. Dia memang macam tu, pedulikan kata-kata dia."
"Sabar. Kau dapat banyak pahala lagi."
"Sabar. Buat biar ikhlas."

And the 'sabar' conversation goes on.

Semua orang tampak gah bila menasihati orang lain tentang SABAR. Dan orang yang dipujuknya tu pula akan melawan rasa, "Kau cakap memang senang, aku yang tanggung. Kau tak faham". Itulah konteks sabar dari orang yang terlalu ikutkan emosi. Semua orang pernah cakap macam ni. Macam saya, waktu tak matang dulu-dulu, tak motivate diri sendiri dulu (admit it). Sekarang pun masih memperbaiki konteks sabar. Ianya senang kalau dipraktikkan, tetapi nampak susah kalau tak diamalkan.




Bila kurang rasa redha, rasa bersyukur, mulalah hati dan mulut berkata yang bukan-bukan. Mula tak meletakkan hikmah itu sebagai sandaran ujian pertolongan hidup, sebaliknya jadikan ia sebagai penyalah nombor satu dalam hidup. Nauzubillah.

Being impatient and fretting about things we cannot change just make your life difficult and miserable. One of the secrets of happiness and contentment is to let the things run their course as they should (redha).

Ujian kesulitan, kehilangan, kekurangan musibah, penyakit, kemiskinan, adalah perkara biasa yang dihadapi oleh manusia selama hidup di dunia ini. Ketahuilah, sabar sangat sulit dilakukan bila kita tak mampu menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi di dunia ini pada hakikatnya adalah ujian. Harta yang kita miliki, karier yang bagus, rumah dan kereta mewah yang kita miliki, anak dan keluarga, itu semua adalah ujian dan pinjaman dari Allah. 


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? - Al 'Ankabuut [29:2] 


Sabar.

Ujian semasa solat pun tak terkecuali. Bila masuk waktu solat, tengok jam dan kata "Oh, awal lagi. Setengah jam lagi lah aku solat." Masa tu memburu kita sampai tak sedar dah lewat. Tengok-tengok dah nak masuk solat Asar dah. Terus amik wuduk dan solat laju-laju kononnya diri masih menunaikan solat daripada tak buat langsung. Terlupa masa solat tadi, takde takmaninah, belum cukup sabar, belum cukup ikhlas atas setiap bacaan yang kita ucap sewaktu ber'dating' dengan Allah.

Latih diri, belajar buat sesuatu dengan ikhlas. Cuba combinekan, sabar dengan ikhlas. Mesti perasaan akan rasa puas bila lakukan sesuatu. Seolah-olah kita cuba capai dan genggam satu kejayaan dari struggle yang kita lalui. Berbaloikan? :)




Pernah, bila ada orang cakap "Sabar yaa", mulalah rasa fed-up sebab hari-hari dengar perkataan sama. "Asyik-asyik sabar! Takde ayat lain ke kau nak nasihat aku!" Kesian kawan tu, terus rasa kecik hati bila kita tengking macam tu. Terdiam dia, rasa bersalah mula menjelma. Mungkin perkataan sabar nampak 'kosong', tiada makna lagi. Hidup seolah-olah menyalahkan takdir.

Kita harus fahami sebaik-baiknya bahawa Allah lah pemilik yang sebenar-benarnya atas segala sesuatu apa pun yang kita miliki di dunia. Dengan menyedari apa yang kita miliki sebenarnya milik Allah dan pinjaman Allah, maka begitu Allah mengambilnya dari kita, insyaAllah kita akan lebih mudah merelakannya. Sebab kita sedar, semua tu milik Allah dan pinjamanNya. Dan yang namanya PINJAMAN, suatu saat nanti memang pasti akan kembali pada pemiliknya, bila-bila sahaja pemiliknya menghendaki apa yang dipinjamnya dikembalikan atau mengambilnya dari kita, maka kita harus dengan rela memberikannya.

Jadi, jangan terlalu stress, terpukul dan merasa kehilangan yang sangat berat apabila kelmarin kita masih ada kereta tapi sekarang sudah tiada lagi, apabila bulan lepas kita sudah usaha hingga berjaya, tapi sekarang kita mengalami kegagalan yang besar. Jangan stress dan bersedih hati apatah lagi sampai meratapi nasib. Kerana sesungguhnya dengan adanya musibah, maka seorang hamba akan mendapatkan pengampunan dari Allah for free dengan bersyukur.

Yakinlah, bila Allah berikan ujian berat untuk kita pikul, SABAR. Dan campurkan rencah rasa itu dengan keikhlasan. InsyaAllah, ada hikmah dan pahala yang besar menyertainya.

Saya tengah cuba amalkan.

Bila dengar mama bebel kat rumah, itu tak kena, ini tak kena, complain macam-macam, hati selalu kata "Sabar, sabar. Mungkin mama bosan, tak ada kawan nak bercakap, berbual kosong". Maka layanlah mereka ibarat seorang bayi pada kita. Ibu bapa kita dah tua, langkah mereka hampir sama seperti bayi. 

Bayi bila kecil, menangis itu ini nak macam-macam, ibu bapa kita pun sama, bebel itu ini nak kan perhatian/kasih sayang daripada anak-anaknya. Bayi bila tidur, kita pakaikan pampers takut dia terkencing merata-rata. Tak mustahil suatu hari nanti , kita pakaikan pampers untuk ibu bapa kita kerana mereka makin nyanyuk meniti usia dan fungsi organ dan deria bau dan rasa hampir hilang pada dirinya. Maka Allah datangkan ujian untuk uji kesabaran serta keikhlasan hati.


#Celik mata, celik jiwa. InsyaAllah diri akan bahagia dan membahagiakan :)


No comments: