Bismillahirrahmanirrahim.
Malam itu,
.....
Aku terbangun, menggosok mata dan menolak tubuh memaksa bangun. Hatiku merasakan sesuatu.
Abah menjerit dari bawah untuk bersahur beramai-ramai. Aku mengangguk, membalas jeritan abah kemalasan.
"Ye bah, nanti kak teh turun! Kejap, jap. Nak gerak yang lain."
Aku turun, seolah-olah badanku sangat segar waktu itu. Ku capai segelas air kosong, dahaga. Makan pun tak banyak waktu tu. Tiba-tiba, aku terdengar suara hati berbisik, menyuruh keluar menuju halaman rumah.
Aku buka pintu rumah, aku tolak perlahan-lahan. Bersemangat, tapi berdebar. Tak pernah ku rasa debaran malam seperti ini, sangat tenang. Ku susun langkah ke arah halaman rumah. Ku mendongak ke langit, dingin, nyaman! Terasa lainnya.
Aku lihat sekeliling langit. Subhanallah! Mataku berkaca. Aku lihat pokok tunduk, sujud menyembah bumi. Aku melihat lagi. Mataku terpana melihat setiap inci kejadianNya malam itu. Sayunya hati malam tu, hanya Allah saja yang tahu.
"Tuuu.. tuuu!!"
Aku menjerit sambil menunjuk dengan jari telunjukku kejadian yang belum pernah ku lihat sebelum ini.
Abah dan adik terkejut, segera mereka berlari bergegas keluar mendapatkan aku.
Aku menangis.
"Ya Allah, kenapa jerit-jerit pagi-pagi buta macam ni. Nanti orang dengar.."
"Tu abah.. abah tengok tu," sambil teresak-esak aku menangis.
Malam itu juga, awan besar berkepul-kepul muncul menunjukkan nama ALLAH, sangat cantik dan indah. I can't even describe it well :') Awan-awan itu bergerak dengan sangat unik. Lama kelamaan saiznya makin mengecil dan mengecil. Sampai sahaja saiz awan yang paling kecil, iaitu awan yang paling akhir, kalimah awan itu menunjukkan nama MUHAMMAD. Allahuakbar!
"Subhanallah, Allahuakbar! Cepat sujud syukur!" kata abah.
Aku masuk ke dalam, mengambil wudu', sujud syukur dan solat sunat dua rakaat. Aku menangis sepuas-puas hati malam itu kerana rasa gembira yang tidak terkata. Aku berzikir dengan banyaknya malam itu.
Sungguh tak disangka Ya Allah, Kau jemput aku menjadi tetamuMu pada malam Lailatul Qadar itu. Aku sangat-sangat bersyukur Ya Allah!
Selepas malam itu, aku belum lagi berpeluang menjumpai Lailatul Qadar yang seterusnya. Moga diizinkan peluangku sekali lagi untuk bertemu malam yang sangat indah itu berbanding 1000 bulan. Amin.
Ini kisah sewaktu aku masih lagi bersekolah, meniti hari-hari remajaku. Allah temukan aku dengan Lailatul Qadar sewaktu aku masih lagi muda. Ya Allah, sungguh tak terkata.
Aku kelu.
Aku bersyukur.
Dan akhirnya aku tersenyum.
Sambil memasang nawaitu untuk mencari sekali lagi pahala Ramadhan akan datang.
InsyaAllah, suatu hari nanti. Amin.
# Setelah sekian lama post ni berada di dalam 'draft', akhirnya ku rungkaikan juga untuk di'publish' untuk tatapan umum dan menjadi catatan pengalaman buat bakal anak-anakku dan juga cucuku nanti. Moga pengalaman ini menjadi pemangkin buat mereka untuk terus berusaha menggapai malam Lailatul QadarNya suatu hari nanti. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment