Thursday, November 22, 2012

Belajar Melupakan Kenangan Pahit Lalu

 

Kata Ustaz Pahrol,

"Jika ditanya bila kau akan bahagia?
Jawabnya, hari ini.
Tidak ada esok yang mengabaikan hari ini!"

Termenung sebentar.
Kata-kata beliau membuatkan aku berfikir.
Sungguh, aku terkesan.

Aku harus fikirkan yang baik-baik. Aku tidak harus khuatir. Bukankah fikiran yang baik melahirkan perancangan yang baik? Sedangkan fikiran yang tidak baik melahirkan kekusutan fikiran & perasaan? 

Jangan dihimpit kenangan lalu. Ambil iktibar dan pengajaran, ayuh lupakan! Jangan biarkan diri disengat tragedi yang sama. Pertama - ketika diri mengalaminya. Kedua - ketika hati mengenangnya. Yang sudah, sudah - yesterday ended last night. Buka buku baru, dengan tekad dan azam baru.

Terima realiti walau menyakitkan. Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah di puncaknya. Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaiki atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.



Hidup adalah PERUBAHAN yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Kita tidak akan tahu qada' dan qadar Allah. Itu rahsia dalam rahsiaNya. Apa yang kita tahu ialah apa yang terjadi. Apa yang terjadi hari ini, bukan apa yang terjadi esok. Jangan cuba ambil tempat TUHAN, untuk menebak masa depan atau memadam masa silam. Kita hanya hamba, hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

Jangan hancurkan potensi hari ini hanya kerana kekesalan masa lalu dan kebimbangan masa akan datang. Sekalipun kita tidak mendapat semua yang kita inginkan tetapi cubalah bersyukur. Jadi bersyukurlah dengan satu hari yang diberikannya sekarang, agar diberikan kejayaan yang lebih besar pada hari-hari yang mendatang.

Hari esok? Singkapkan impian indah, singkapkan kata bermadah.InsyaAllah duniamu dilalui dengan hari-hari yang penuh kecantikan.

Ya Hannan,
Terima kasih.


3 comments:

nabila azmi said...

thanks for supporting words...=)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ada apa2 nak kongsi dengan akak? ..akak rasa entry sachi macam sedih2 je sekarang.. entry untuk menguatkan diri sendiri.. last week akak jalan2 area umah parents sachi & tedetik..bestnye kalau dapat jumpa sachi

Sachi Asukai said...

Welcome nabila.

Kak Ila :) Hope we'll meet one day soon! InsyaAllah. Foremost, entry yang sachi buat is a reminder for myself and others (esp my beloved friends). Thanks for reading!