Tuesday, June 30, 2015

My First Ramadhan (Alhamdulillah, As A Wife)

Dengan nama Allah,
Assalamualaikum! =)

It's been a while since my last post. Alhamdulillah, still have a chance to breath and live for another day of Ramadhan. How's your Ramadhan going on guys?

Last two weeks were amazing. First week of Ramadhan adik beradik semua gather, Alhamdulillah.

Abah Mama bawak durian dari kampung. Abang-abang bawak pulut, santan untuk disaji bersama durian. Kakak ipar tolong masak nasi dan prepare air. Aku? Bawak ayam masak pacak dan ayam black pepper masakan sendiri. Dalam diam craving nak makan pulut durian. hehe (please prepare your aloe and teamix siap-siap bila nak makan heavy things. i prepared 1L bottle for that :) )

Dah makan. Berseloroh satu keluarga cakap sedap. Yelah, sebelum kahwin masakan apelah yang hebat. Tolong mak di dapur bolehlah. Syaratnya tak nak masak. Part basuh pinggan takpe, itu paling suka. Lepas kahwin seolah wajibnya memasak. Yelah, kalau tak nak makan apa? Demi suami tercinta, ku relakan diri masuk ke dapur. Ku telaah satu persatu masakan google. Walau permulaannya, jujur aku tak suka.

Sedap?
Belum lagi. Belum cukup sedap. Tapi husband faham dan bantu sebolehnya. Dia tahu aku benci memasak. Dan malas masak any heavy things. Aku suka mengemas. Paling pantang benda bersepah. Paling pantang rumah berhabuk. Ada masa aku akan tukar semua susunan perabot dalam rumah. Sebab bosan susunan yang sama. Itu aku. Tapi nak cakap pasal susunan perabot rumah ni, lagi win mak mertua aku. Every week kot tukar! Puasa, lapar, dahaga pun MIL sanggup tukar. Fuh, tabik. Kudrat seorang wanita hehe. Gagah kan?

So, cakap pasal masakan.....
Masakan yang pertama - husband critic dengan cover dan politenya. hehe
Masakan yang kedua - improve, much better.
Masakan yang ketiga - very sedap. tapi belum boleh tandingi masakan mama dan mak mertuaku.

But it tooks me a loooonggg time untuk prepare memasak dari hati. Yelah, benda kita tak suka buat, harus sabar untuk belajar. Lama-lama benda susah jadi senang. Sesenang 'campak-campak saja' dalam kuali. Lama-lama Allah izinkan aku suka sikit dengan memasak.

Mungkin kecil perubahan bagi orang lain. Tapi besar perubahannya pada aku.

Tapi lebihnya aku banyak memasak sungguh-sungguh untuk orang lain. Untuk husband. Kalau husband outstation, aku orang paling malas nak masak untuk diri sendiri haha. Teamix dan shake menjadi peneman setia di kala lapar. Bila perut berbunyi je, blend shake dengan buah pun dah cukup - kenyang. Bila lapar lagi cukuplah sekadar nasi, ikan bakar dengan budu ataupun dengan telur sebagai lauknya. Simple mimple.

Bila Ramadhan tiba, masing-masing bawak potluck untuk berbuka bersama. Meriah! Lagi-lagi bila ada anak buah. Mereka cukup suka main dengan Pakteh (hubs) and Paklangnya (abang aku no 3). Dulu waktu Risyad Riyadh kecik, asal aku balik je, dorang paling suka main dengan aku. Sikit-sikit Makteh. Tapiiii sekarang dah ada Pakteh, canni la pandang tak pandang je kita =.=' Okay memang jeles lol.

Alhamdulillah, minggu pertama berbuka dan bersahur bersama keluarga, anak buah dan mertuaku.
It's different. Ya Allah, thank you for another chance of Ramadhan! :')


There's a battle going on inside you in Ramadhan. And for 30 days Allah gives you the power to win. Grab it while you can! Ramadhan kareem to all =)




Berminat mahu SAHUR & BERBUKA secara sihat dengan nutrisi canggih Herbalife? 
Serious people, Whatsapp me now! 
019-6373032



No comments: