Friday, January 29, 2016

Perasan Bagus

Kadang, aku tak faham. Sifat manusia yang ingin menunjuk dan berasa diri lebih bagus. Kadang difikir orang itu yang berdendam padahal diri sendiri masih belum boleh memaafkan. Hairan.

Dulu aku dibesarkan sebegitu rupa jugak. Nak merasa dikelilingi orang-orang yang sifatnya selalu bersangka baik, jangan harap. Yang perasan dirinya bagus dan maksum, oh ramai. Yang terlampau negatif pun ada.

Tapi life is a journey. Makin terasa diri hilang dan kosong, makin kita dekat pada Tuhan, makin diberi cahaya jalan yang betul. Makin lama, makin kita sedar kita pun bukannya bagus sangat. Tapi berkat diri mencari arah, kita diberi peluang bersama-sama dengan mereka yang rajin berbaik sangka dan sentiasa tersenyum.

Allahu. Kalau awalnya, paling susah aku nak didik diri bersangka baik sesama manusia. Tapi lama-kelamaan, bila kita cuba dan cuba, ia berubah menjadi habit. Yang mana bila engkau dengar gossip ke ataupun orang tu mengumpat orang ini, kau takkan terus judge dan cepat-cepat lari dari conversation negatif tu.

Kini, aku faham. Kita dibesarkan dengan didikan ibubapa, masyarakat dan environment sekeliling kita. Kita yang mencorakkan hidup kita, bukan orang lain. Kita yang corakkan kerjaya mahupun impian kita, bukan orang lain. Kita ada kuasa tentukan apa yang kita mahu, bukannya mengikut seperti arah lalang - dituju dan disuruh.

Senang cerita, reflek diri sebelum reflek orang lain. Mungkin amal kita masih kurang. Mungkin ibadat kita belum cukup sempurna. Mungkin kita masih kurang memberi. Mungkin kita leka pada nikmat dunia. Mungkin kita lupa pada Dia.. Dan masih banyak lagi "mungkin".

Moga kita sama muhasabah.





No comments: