Sunday, January 22, 2012

Jalan Terbiar

Dua jalan mencapah di hutan,
Sayangnya, kedua-dua tak daya ku lalui
Sebagai pengembara, lama ku termangu
Kupandang yang satu sejauh mungkin
Ke mana beloknya di balik belukar.

Lalu kupandang yang satu lagi,
Mungkin yang ini tampak lebih baik,
Kerana ia berumput seakan mengundang
Walau ia telah dilalui dahulu
Sebenarnya tampak tetap sama.

Suria pagi di mana-mana pun sama,
Menyinari daun-daunan.
Oh, ku biarkan yang pertama untuk hari yang mendatang!
Walau kutahu jalannya ke mana dituju,
Rasanya tak mungkin ku jejak kembali.

Kata-kataku penuh keluhan,
Walau di mana, zaman ke zaman,
Dua jalan mencapah haluan, dan aku..
Aku memilih jalan terbiar,
Dan itu mengubah segalanya :)

(Picture by Google)

2 comments:

saharinasaharudin said...

snggah cni :)

rimbun menghijau said...

mcm poem tingkatan-3 jer hehe... aper tuh road to be taken?