Friday, September 22, 2017

Comeback

Assalamualaikum everyone.

Lama sangat rasanya tak jengah blog. Blog pun dah mula melambai tertanya-tanya di mana penulis bertapa. Huhu.

InshaAllah this is my new comeback for year 2017. Rindu sebenarnya nak membebel. Rindu nak keep updated dengan bloggers lain.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Tahun ni memang banyak sangat journey yang Sachi nak cerita. Nantikan my next post untuk ketahui lebih lanjut ya.

Doakan blog kesayangan lebih ceria lepas ni. Salam maal hijrah 1439H everyone. Tahun baru, azam baru, semangat baru! We can duit yeszaa!😍

Salam sayang,
Sachi❤


Monday, April 24, 2017

Being A Mom

Being a mom means more than having given birth to a child. It's loving and knowing a soul before you even see it.

It's carrying and caring for a life completely dependant on you for survival. It's giving air to the lungs that grew within you, and sight to the eyes that will never see you as anything but mommy.

It's sleepless nights, its nursing scratches and scrapes, it's being stern and protective. It's teaching them to talk, to walk and to eventually run.

It's learning to hand your child to a stranger to let them teach what you cannot at times. It's bracing them for a fall, and dusting them off after they do.

It's seeing them cry and not knowing how to fix it, so you sit on the floor and hold them and cry right along beside them.

It's teaching them that they are smart, capable, funny and giving them the security to do great things.

It's building their self-esteem, supporting their dreams and loving them unconditionally.

It's letting them go, letting them fail and teaching them how to get back up. It's going without so that they don't have to, and being OK with it.

Being a mother is a gift that is unimaginable to any woman who does not have a child in their life.

It's a connection that is unmatched in any form or other relationship. It's a love that grows continually, a love that always wants more and better.

💗💗💗💗💗💗

Mama Papa loves you Arabella Medina.
Be a good & solehah girl. May Allah protect you always.

Love,
Mama.


Friday, December 16, 2016

Lama Tak Blogging

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah. Lamanya tak update. Rindu sangat dengan belog :')

Banyak sangat yang happen this year but unfortunately tak sempat tertulis pun dalam ni. I'm sorry diary.

Sekarang pukul 3.42 am and i'm still wake up tak tido-tido lagi.

Bila dapat lappy sambil masa tengah free, rasa throwback sangat zaman muda remaja belia jadi student dulu. Uhuks.

Dulu siang malam menghadap laptop je. Sekarang dah kawin, uish. La ni baru sempat. All my time special hanya untuk si kecil Arabella Medina.

Oh ya! Belum introduce kat korang pun nama baby girl. Yelah, siapa follow Ig and Fb tau la nama si kecil kan. Yang followers blog belum tau lagi kan? :D

Herein i introduce you guys my lil cikibum bambam named Arabella Medina. Somel sangat sampai hari-hari Mamanya rakam video untuk dia. Hihi.

Okaylah, just nak introduce my comeback here. Nak cerita panjang, tunggu in my next post ya :)

InshaAllah, kita jumpa lagi. Rindu sangat nak blogging.

And again, see you soon!

Assalamualaikum.


Yang rindu nak blogging,
Sachi.


Saturday, April 2, 2016

Celoteh #3

Bismillah,

Dah masuk bulan April dah, Alhamdulillah. Bulan yang paling aku suka. Bukan sebab April Fool, oh bukan. Sebab bulan ni paling ramai birth date keluarga aku. April is wonderful, April is beautiful :)

Pejam celik, pejam celik dah masuk 32 weeks dah minggu ni. Baby in womb is getting bigger, stronger and mummy is getting like a little monster cari makan tengah malam sebab lapar haha! But no worry, it is all for you little baby. Can't wait to hold you tightly in my arms and loving you dearly.

Bila update belog tengah malam macam ni, rasa macam student zaman dulu pulak suka stay up all night and bila ada masa je curi update belog sambil buat assignment tu heheh. Sebenarnya, malam ni tengah cari idea nak update apa yang baik dan bermanfaat pada page and fb. Idea, kalau datang mencurah-curah tu, sampai tak sempat nak ambil pen dan kertas nak tulis. Kalau tengah blur and kosong idea, usaha jugak sampai habis nak bagi skill talent tu ada tiap hari. Apa pun, idea dan ilmu tu kan milik Allah? :') Kena mintak jugak pada Pemberi Idea supaya ilhamkan pada diri sampai dapat. Kan?

Okay, saja nak merepek sampai sini. Tak dak orang baca kan? So i membebel sampai sini. Doakan suri rumah sepenuh masa dapat handle 3 bisnes dropship dalam satu masa. Doakan ramai customer suka pada kita. Doakan kita murah rezeki dan dipermudahkan urusan okay?

Lebiu siapa yang baca :D

Assalamualaikum.




Monday, March 14, 2016

Berniaga Buat Kau Kuat

Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar :)

Dah berbulan tak update. Macam biasa, bila mula bergelar isteri orang, dan tak lama lagi ni bakal jadi mummy pulak, jarang la muka nak hadap computer 24 jam macam dulu. Waktu student dulu bukan main lagi first thing first bila buka mata, pikir nak update blog untuk hari tu and macam-macam idea kreatif berblogging pikir - sebab nak up kan traffic laju-laju. Hehe.

Cepat sangat masa berlalu :') Allah je tahu betapa aku rindu life kat kampus dulu. And life bila single mingle dan bebas nak pilih apa aku belajar dan buat dengan kerjaya part time aku. Allah je tahu betapa aku gila nak aktif berbisnes macam dulu. Betapa aku sayang apa yang aku belajar di Shah Alam dulu. Allah je tahu, antara banyak-banyak kerjaya hati aku memang pilih bisnes sebagai karier sebab aku dah fall in love sampai mati dengan ilmu berdikari sendiri ni. Allah je tahu apa aku rasa dan apa aku nak.

Aku tak pernah salahkan orang lain andai mereka belum nampak nilai perniagaan berbanding kerja lain (govt, swasta). Wallahi, bila bekerja dan ada perniagaan sendiri, rasa kebergantungan aku pada Allah makin meluap-luap. Makin kau craving for apa yang kau nak, makin kuat kau menangis doa pada Allah hari-hari. Seriously, tak tipu. Berniaga ni bukan macam makan gaji, sangat tak sama. Berniaga ni bila kau dah dapat 1 customer pun kau punya happy tu.. Allah! Bukan main lagi kau sorak sorang-sorang macam dapat piala dunia. MashaAllah, perasaan tu yang tak boleh beli tu. Mahal. Sangat mahal :)

Sekarang, walau tengah sarat mengandung, Allah izinkan aku berniaga kecil-kecilan secara dropship. Alhamdulillah. Rezeki anak, walau buat kecil-kecilan pun ada customer datang dan beli. Masa ni aku start muhasabah and throwback betapa hikmahnya Allah bagi aku mengandung saat ini sambil berbisnes online. Masa ni aku mula belajar ilmu-ilmu berniaga dari sifu aku. Masa ni aku mula apply bit by bit and amalkan semua ilmu sampai menjadi. Masa ni makin aku rasa banyak benda aku boleh perbaiki dalam ibadah aku, dan rasa hampir pada Allah tu makin hari, makin kuat. *nangis jap*

Jujurnya, banyak lagi aku nak luah. Tapi hari ni aku puasa hehe. Baby in womb pun tengah puasa. Jadi kitorang nak prepare untuk berbuka sat lagi na. Ada masa aku update lagi. Rindu sangat nak berblog - walau aku tau bukan ramai pun lawat blog aku haha. Tapi takpelah, sahring is caring kan. Mana yang boleh ambil manfaat, korang ambiklah. Yang tak bermanfaat, toksah ikut naa :)



Salam sayang dari Mommy to be,
Sachi



Friday, January 29, 2016

Perasan Bagus

Kadang, aku tak faham. Sifat manusia yang ingin menunjuk dan berasa diri lebih bagus. Kadang difikir orang itu yang berdendam padahal diri sendiri masih belum boleh memaafkan. Hairan.

Dulu aku dibesarkan sebegitu rupa jugak. Nak merasa dikelilingi orang-orang yang sifatnya selalu bersangka baik, jangan harap. Yang perasan dirinya bagus dan maksum, oh ramai. Yang terlampau negatif pun ada.

Tapi life is a journey. Makin terasa diri hilang dan kosong, makin kita dekat pada Tuhan, makin diberi cahaya jalan yang betul. Makin lama, makin kita sedar kita pun bukannya bagus sangat. Tapi berkat diri mencari arah, kita diberi peluang bersama-sama dengan mereka yang rajin berbaik sangka dan sentiasa tersenyum.

Allahu. Kalau awalnya, paling susah aku nak didik diri bersangka baik sesama manusia. Tapi lama-kelamaan, bila kita cuba dan cuba, ia berubah menjadi habit. Yang mana bila engkau dengar gossip ke ataupun orang tu mengumpat orang ini, kau takkan terus judge dan cepat-cepat lari dari conversation negatif tu.

Kini, aku faham. Kita dibesarkan dengan didikan ibubapa, masyarakat dan environment sekeliling kita. Kita yang mencorakkan hidup kita, bukan orang lain. Kita yang corakkan kerjaya mahupun impian kita, bukan orang lain. Kita ada kuasa tentukan apa yang kita mahu, bukannya mengikut seperti arah lalang - dituju dan disuruh.

Senang cerita, reflek diri sebelum reflek orang lain. Mungkin amal kita masih kurang. Mungkin ibadat kita belum cukup sempurna. Mungkin kita masih kurang memberi. Mungkin kita leka pada nikmat dunia. Mungkin kita lupa pada Dia.. Dan masih banyak lagi "mungkin".

Moga kita sama muhasabah.





Tuesday, December 22, 2015

Celoteh #2

Dengan nama Allah yang Maha Menciptakan :)


Semalam mama abah datang melawat teratak kecil kami. Kebetulan, kami perlu berpindah to a new house this week. Since abah di diagnosed kanser hati, abah semakin kurus. Ya, sebab abah perlu jaga 80% gaya pemakanannya dan 20% lagi untuk aktiviti sihatnya. Sebak, hanya Allah yang tahu perasaan aku.

Husband took a day off and he welcomed my parents earlier. When i came home, mama abah were totally happy. With my 4months+ lil bump figure, faham-faham je lah kan. Lol.

I asked abah what did the doctor says? Abah cakap, with his condition he supposedly have to undergo liver transplant. But the costing is too wayyyy expensive! And mostly, ramai yang buat transplant risikonya rendah untuk pulih kembali dan hidup. At last, he chose to treat his cancer traditionally.

---------------------------------------------------------

Personally, i didn't really believe in hospital medications and treatments (eg: chemotherapy, transplant), and until now i didn't touch any paracetamol because i believe our body needs to be healed by what it takes and do.

I feel grateful because Allah chose me to know Herbalife when my pain is getting worse. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah :') My baby got its nutrition and benefit too from what i took. Setakat ni, walaupun tengah pregnant, but i still consume teamix, shake and calcium untuk kesihatan diri dan pertumbuhan bayi. *(Disclaimer: This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.)

I learnt untuk tidak kedekut laburkan some of my expenses untuk kesihatan, coz at the end, your shape, your health, your energy, your emotion yang banyak dikawal by what you eat and how positive was your surrounding. Kan?

---------------------------------------------------------

Abah mama pegang perut aku. Dia usap perlahan sambil senyum memandangku.

"Ini cucu abah. Jaga elok-elok ya,"

Mama hanya senyum dan tergelak. But i noticed abah's face. He was praying and hoping to see this child sooner, MashaAllah :') Sebak aku tersekat dekat kerongkong, i was speechless. Sayu pandang wajah abah. Nak menangis, air mata masih lagi tertahan.

Aku pujuk mama untuk bagi abah makan herbalife since he refused to take it. Mama cakap, inshaAllah, nanti mama bagi. Mama had a glass of teamix before she leave. I was so glad they came and visiting us yesterday. 

Btw, mama siap ukur badan dan perut untuk buat baju mengandung aku nanti. Ya Allah, mama ni tak pernah putus asa untuk memberi dan menggembirakan anak-anaknya T.T Moga aku juga diberi kekuatan seperti itu bila sudah mendapat title 'ibu'.

Segala puji bagi Allah pemilik segala hati-hati. Moga dipermudahkan pertemuan ini menjadi pertemuan yang panjang waktu dan manis memorinya. Sentiasa.

Thank you Allah for all these blessings!

Assalamualaikum :)