Tuesday, May 15, 2012

Konvensyen Bidadari Dunia Part II

Bismillahirrahmanirrahim.

I'm sorry. Sebab lambat update the 2nd part of KBD. Sebab tau entry ni akan menjadi entry yang panjang, so i ll update this entry kinda late than others. Tehee. Maaf yah!

SECOND DAY

Yeah, the 2nd day was awesome too. I had a terrific moment bila gathered balik dengan semua bidadari dunia dekat hall. Tak sabar nak tunggu the first slot which is "Bahagia & Membahagiakan" by Prof Dr Muhaya. Anyway, saya dapat tempat duduk kat tengah (bangga) XD

- SLOT 1: Prof Dr Muhaya on topic, Bahagia & Membahagiakan.


Didik wanita, negara terpelihara. We re not happy because the world is right, but the world is right when we re happy. GO FOR BEING HAPPY! Make sure whatever you do, buat apa yang kita buat kerana Allah :)
'Bilik itu cantik bukan sebab bilik itu disusun, tapi itu bergantungnya cantik sebab minda saya disusun.'
Bila kadang-kadang rasa bosan dengan hidup, cuba tanya diri kita balik.."Life is beautiful, but is our life this neat?" Ask yourself. Muhasabahkan diri. Duduk sorang-sorang pastu try menangis. Hehe. Okay?
'Be the brand, not buy the brand.'
Brand means wanita solehah itu  bebas dari penghargaan manusia & dambakan penghargaan Allah. Dalam dunia ni ada 5 aspek kehidupan iaitu fizikal, mental, kerohanian, hubungan sesama manusia & kewangan. Kalau semua allignment kita ni +ve, mental, charge dan magnet-magnet yang menarik sekeliling kita pun akan ikut +ve. Begitulah juga sebaliknya.

Kita nak bahagia, kena sentiasa rasa bersyukur. Begitu juga kalau nak kurus, medicallynya kena makan breakfast kalau nak kurus :P. Buat sesuatu dengan baik, kena usaha, kena syukur. Makin kita syukur, makin Allah tambahkan nikmat. Our character ni begin with 4 things. Nak tau apa? They are:
"Watch your THOUGHTS! They lead to ATTITUDES. Watch your attitudes! They lead to WORDS. Watch your words! They lead to ACTIONS."
Dunia dalaman kita banyak dipengaruhi oleh fikiran & emosi, am i rite? Contohnya la kan, kalau kita bangun pagi, tetiba kita rasa hari tu tak best...ahaaaaa! You know what? Starting dari bangun tidur tadi, kita dah start make ourself negative. Please dont dont dont make yourself tetiba jadi temperamental..kuat okayh? :)

Macam mana nak jadikan diri sendiri bahagia? Okay, dengar BAIK-BAIK. Senyumlah dengan sepenuh hati, wajib senyum 7 saat! Yang lebih tu sunat. Bila kita nampak orang lain, sentiasa rasakan orang tu lagi bagus dari kita. Jangan percaya semua apa yang kita fikir. Kadang2, fikiran kita tak semuanya betul. Innersizing your brain with positive thoughts yah kawan-kawan! Penuhkan hati kita dengan rasa kasih sayang, and hence automatically cell-cell dalam badan kita akan rasa happy. Hati kita ni kena rasa dekat dengan Allah, selalu komunikasi dengan Allah.

Hidup kita ni adalah pilihan kita setiap saat. Bila kita capai tujuan, insyaAllah keperluan tercapai. Okay, shortcut nak dapat apa-apa dalam dunia ni adalah:
INTENTION > ATTENTION > NO TENSION!
Kalau nak diri bahagia & membahagiakan, be interested to people, jangan tension. Let go of what you think, sit back and relax. Tawakkal lah. Allah kan ada, Dia Maha Memerhati & Mendengar setiap rintihan hambaNya, eventhough time tu kita belum mengadu lagi dekat Dia, Dia dengan sepantas kilat dah tau apa yang terbuku dalam hati kita.

# What i learned from her:
  • Bila bangun tidur, smile to others, cakap sorang-sorang dengan diri -- semoga diriku menjadi seorang yang murah hati, lemah lembut, senang nak sihat & ingat Allah di mana2 jua.
  • Ingat makrifatullah di mana-mana, insyaAllah kita akan positif.
  • Sentiasa rasa diri kita ni berdosa.
  • Jadikan diri kita seorang yang memberi ketenangan di kala kekecohan.
  • Bila kita buat semua tabiat-tabiat yang baik, insyaAllah tabiat akan buat kita balik. Faham? :)

- SLOT 2: Pn Jamilah Samian on topic, Setulus Kasih Ibu

The second slot was quite exciting. Pn Jamilah bercerita tentang Kisah Marshmallow kepada audience. 


If im not mistaken, kisah ini berlaku di Spain dan disiarkan melalui program TV di sana kerana mereka mahu membuat kajian tentang sikap sabar di kalangan kanak-kanak hinggalah remaja. Kisah Marshmallow ini mendapat sambutan yang baik daripada kanak-kanak di sana kerana mereka sukakan marshmallow. Bila kanak-kanak ini have been placed into a table, kanak2 ini semua diberikan 1 marshmallow, dan syarat untuk mendapat 1 lagi marshmallow, mereka kena tunggu lagi 15 minit. Kalau nak makan sekarang, dapat 1 marshmallow je. Senangkan. Macam2 aksi yang mencuit hati dipaparkan di video, bidadari2 di hall pun asyik gelak je. Huhuu.Then these kids were divided into 2 groups.


Nak anak-anak berjaya kita kena didik sabar. Jangan bagi sangat apa yang mereka mahu. Nanti jadi manja. Bila anak timbulkan masalah, means keperluan dia kita tak penuhi. Cara untuk memberi perhatian kepada mereka adalah melalui KATA-KATA & SENTUHAN. Kuasa sentuhan dan kata-kata sangat kuat, kerana pentingnya kata-kata yang baik memberi refleksi sopan dan beradab daripada anak-anak. Jika anak masih buruk tingkah lakunya, disiplinkan mereka. Yah, memang perlu sabar dengan sikap mereka, tapi ada hadnya.

Jangan pukul anak, nanti masa besar, dia akan pukul kita balik. Macam mana nak ajar dia tentang disiplin? Kita ajar dia belajar dari consequences. Tugas ibu adalah mendidik anak supaya menghormati kita sebagai ibunya.

# Sebenarnya programming kita pada anak semuanya bermula dengan kita. If kita sakit hati dengan anak, kita tak doakan yang baik-baik untuk dia, kalau doa pun tak cukup ikhlas, tak menjadi baik peribadi anak itu. So take note all of you, jangan sekali-kali perkecilkan doa ibu. Jadilah anak yang baik yah :)

SLOT 3: Pn Rosmawati Zainal on topic, Sesucinya Mawar Putih

Beliau dikenali sebagai Pengarah di Rumah Raudhatus Sakinah dan manja dengan panggilan Ummi Ros. Ummi Ros mengupas topik tentang tingginya martabat seorang perempuan yang bernama wanita. Beliau menekankan tentang pergaulan antara perempuan & lelaki, batasannya serta menghuraikan topik tentang ikhtilat. Ikhtilat ini ialah percampuran antara lelaki & wanita yang bukan mahram baginya.

Kenapa ikhtilat tak boleh? Kerana Islam sangat hati-hati menjaga sifat semulajadi manusia. Contohnya kalau suatu hari kita nampak kawan kita frust bercinta, give them time, but never give up untuk bangunkan dia. Allah nak jadikan kita kental jika kita yang kecewa. Untuk kita merubah orang, kita mesti merubah diri sendiri dahulu.

# What i learned from her:
  • Dalam hati, make sure ada Allah.
  • Dalam hati, make sure tak perlu pujian orang ramai.
  • Dalam hati, make sure teruskan amal, tambahkan ilmu & ajak orang lain buat kebaikan.
  • Jangan pernah rasa diri itu hebat!
SLOT 4: Dr Robiah Kulop on topic, Aku Ini Siapa?


In this slot, we were amused by Dr Robiah's intonation and speech (poem). Amazingly, she could bare enough standing in a long point in time and make some jokes for the audience here. Great people! I adore her speech very2 much!

First thing first, jom tinjau syurga dari surah Ar-Rahman / Al-Waqiah. Dah? Ok, proceed!

Bidadari itu bukan melirik matanya. Bagaimana nak rasa indahnya diri kita? Bagaimana nak rasa Allah itu ada? Bidadari itu mungkin sudah solehah kulitnya..tapi sudah solehahkah hatinya? Anda akan rasa indah, kalau kita merasakan indahnya diri kita. Jangan tengok jahat orang, tapi sentiasalah meratapi diri sendiri. Ramai orang, takut dengan peperiksaan Universiti, tapi tak takutkah kita dengan periksa Allah? Orang solehah itu tidak ada yang pura-pura.

"AKU INI SIAPA??"

Wanita itu solehah. Bersyukur...tudung 1 almari. Solehah itu bahagia. Bidadari syurga itu semua cantik-cantik. Salah di mata manusia takde pape, salah di mata Allah itu kena takut. Cantiknya manusia ini bergantung kepada cantik zahir dan cantik lahirnya (tak terjejas batinnya). Bak kata Dr Robiah, jikalau cantiknya si solehah itu, makin tua makin sedap dipandang. Hehee. Kelakar pulak dengar ayat ni. Tapi ada betulnya jugak. Cantiknya fizikal, kena jaga tangannya. Jangan tersentuh yang haram, jangan terambil yang orang punya.

Kalau asyik tengok cantik luar, kita tak mampu jadi solehah. Keindahan yang diangkat untuk kita menjadi solehah, kita akan bahagia. Kalau kita jadi anak pilihan, ibubapa automatically akan mengadu apa-apa pada kita, ibubapa akan suka tinggal di rumah kita, kerana dahulunya, apa yang kita mahu dia turutkan sahaja kehendak anaknya.

Setelah kamu tengok cantiknya dia, hartanya berkilat atau tidak, tengok pula kepada agamanya. Jikalau agamanya 'sakit', dia senang diajak dating. Jikalau agamanya singkat, tengok pula kepada pakaian ketatnya. Segala yang kita pakai merupakan image pada diri kita. Jikalau kita tolak untuk mendirikan rumah tangga, maknanya kita tolak 1 pintu syurga.

Jikalau zahirnya sudah terpesona apatah lagi keindahan batinnya. Seperti ibu, dalam marah2 ada sayangnya, ada rindu, ada belai & ada cinta. Sikap keibuan adalah salah satu ciri penting untuk jadi wanita solehah. Banyakkan jumpa kanak-kanak untuk terapkan rasa keibuan :)

Wanita solehah dilihat dari penampilan,
Sibuk jaga ketrampilan, kulit terlupa ketrampilan dalaman,
Jalannya mesti dijaga, walaupun zahirnya cantik, 
Jangan terlangkah dek kesombongan.

# Wanita solehah tak bukak tirai selagi tak pasti lelaki itu yang akan bawak kita ke gerbang perkahwinan.

(bersambung.... in PART III)

4 comments:

picairin said...

walaupun lambat post ni.. tapi ada advantage nya... atleast i can refresh back knowledge i gained from the KBD.. Thanks dear.. =D >Syafiqah Saidun<

aZRINa Abu Bakar said...

setia menanti utk yg seterusnya.. moga Allah merahmatimu atas perkongsian ini... sgt bermanfaat.. Insyaallah..:)

eZmALiZa said...

ade rezeki, aku nak pergi kalau ade lagi. :)

zahraa said...

terimakasih ats perkongsian:)