Monday, March 14, 2016

Berniaga Buat Kau Kuat

Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar :)

Dah berbulan tak update. Macam biasa, bila mula bergelar isteri orang, dan tak lama lagi ni bakal jadi mummy pulak, jarang la muka nak hadap computer 24 jam macam dulu. Waktu student dulu bukan main lagi first thing first bila buka mata, pikir nak update blog untuk hari tu and macam-macam idea kreatif berblogging pikir - sebab nak up kan traffic laju-laju. Hehe.

Cepat sangat masa berlalu :') Allah je tahu betapa aku rindu life kat kampus dulu. And life bila single mingle dan bebas nak pilih apa aku belajar dan buat dengan kerjaya part time aku. Allah je tahu betapa aku gila nak aktif berbisnes macam dulu. Betapa aku sayang apa yang aku belajar di Shah Alam dulu. Allah je tahu, antara banyak-banyak kerjaya hati aku memang pilih bisnes sebagai karier sebab aku dah fall in love sampai mati dengan ilmu berdikari sendiri ni. Allah je tahu apa aku rasa dan apa aku nak.

Aku tak pernah salahkan orang lain andai mereka belum nampak nilai perniagaan berbanding kerja lain (govt, swasta). Wallahi, bila bekerja dan ada perniagaan sendiri, rasa kebergantungan aku pada Allah makin meluap-luap. Makin kau craving for apa yang kau nak, makin kuat kau menangis doa pada Allah hari-hari. Seriously, tak tipu. Berniaga ni bukan macam makan gaji, sangat tak sama. Berniaga ni bila kau dah dapat 1 customer pun kau punya happy tu.. Allah! Bukan main lagi kau sorak sorang-sorang macam dapat piala dunia. MashaAllah, perasaan tu yang tak boleh beli tu. Mahal. Sangat mahal :)

Sekarang, walau tengah sarat mengandung, Allah izinkan aku berniaga kecil-kecilan secara dropship. Alhamdulillah. Rezeki anak, walau buat kecil-kecilan pun ada customer datang dan beli. Masa ni aku start muhasabah and throwback betapa hikmahnya Allah bagi aku mengandung saat ini sambil berbisnes online. Masa ni aku mula belajar ilmu-ilmu berniaga dari sifu aku. Masa ni aku mula apply bit by bit and amalkan semua ilmu sampai menjadi. Masa ni makin aku rasa banyak benda aku boleh perbaiki dalam ibadah aku, dan rasa hampir pada Allah tu makin hari, makin kuat. *nangis jap*

Jujurnya, banyak lagi aku nak luah. Tapi hari ni aku puasa hehe. Baby in womb pun tengah puasa. Jadi kitorang nak prepare untuk berbuka sat lagi na. Ada masa aku update lagi. Rindu sangat nak berblog - walau aku tau bukan ramai pun lawat blog aku haha. Tapi takpelah, sahring is caring kan. Mana yang boleh ambil manfaat, korang ambiklah. Yang tak bermanfaat, toksah ikut naa :)



Salam sayang dari Mommy to be,
Sachi



No comments: