Thursday, March 22, 2012

Anak Kecil Ini Masih Soleh

(Risyad asik sebut "Adudu" je bila watch BoboiBoy. Comel tau! Rindu nak dukung Risyad!)

Bismillah..

Anak kecil ini masih soleh,
Masih tidak mengerti apa-apa,
Hatta tentang terbinanya dan terputusnya tali ukhuwah
Mereka masih lagi tidak faham,
Inikan lagi tentang isi dunia.

Tapi, mereka mudah belajar.
Dari bertatihnya kaki mereka jatuh dan bangun,
Sehingga menongkat diri untuk berjalan dan berlari dengan baiknya,
Mereka ini masih soleh, masih suci,
Masih bersih dosa-dosanya.

Wahai manusia,
Kasihilah mereka, lindungilah mereka,
Mereka perlukan kasih sayang,
'They crave for our attention' masa kecil,
Kerana itulah yang boleh membahagiakan hati mereka,
Walaupun pada hakikatnya kadang-kadang kita sibuk.

Anak kecil ini masih soleh,
Kadang-kadang kita marah 
Kerana mereka menangis tak henti-henti,
Tapi ingatlah wahai manusia,
Kita yang punya dosa yang banyak 
Tak selayaknya marah mereka yang masih suci dari dosa-dosa.

Hargailah anak kecil itu,
Kerana itu pinjaman Allah semata-mata kepada kita,
Doakan mereka menjadi soleh dan solehah 
Untuk saham hari akhirat kita,
Agar kita mendapat redha Allah,
Sejuk dan sayunya hati memandang
Dengan adanya anak soleh ini.
Amin. 

-SACHIASUKAI-

------------------------------------------------

Akhir-akhir ini banyak berita & dada akhbar yang melaporkan tentang kehilangan anak. Randomly nya, ada yang menyalahkan ibu bapa, keluarga, masyarakat yang tidak prihatin dan pihak berkuasa. MasyaAllah, bila fikir balik, what am i going to do bila ada anak nanti? Apakah saya dapat menjadi seorang ibu yang baik? Menjaganya dengan baik? Memberi pendidikan dunia akhirat dengan baik? Waima menjadi seorang pendidik yang akan anak-anak saya ikuti? Hanya mampu berdoa yang terbaik. :)

Bila ingat apa yang berlaku pada arwah Dirang, sungguh saya mahupun sesiapa juga yang bergelar manusia itu punya hati dan naluri tentang apa yang terjadi. Rasa kejamnya pembunuh tu! Tergamak membunuh sampaikan anak kecil itu dibakar hingga rentung! :'( Nauzubillah. Kesedihan & kepiluan hati yang menyiat-nyiat hati seorang ibu mungkin sedikit terubat dengan message yang mungkin 'dihantar' Allah melalui mimpinya, Dirang memberitahu ibunya dia dalam 'keadaan okay'. Ada hikmah yang Allah nak sampaikan sebenarnya. 


"Takziah buat semua keluarga yang kehilangan anak-anak kecil. Dari kes2 menyayat hati Nurin Jazlin hinggalah arwah Dirang. Tahniah, anak-anak anda menanti di Syurga! Sabarlah. Syurga jua menanti orang-orang yang sabar" - Syabab Musafir Kasih.

No comments: