[Sewaktu melangkah keluar dari kawasan Raudhah - Syifah ambil peluang untuk menulis tulisan kenang-kenangan di sana]
Bismillahirrahmanirrahim.
Andai dunia ini dipenuhi dengan orang-orang yang baik, alangkah nikmatnya rasa ukhuwah itu. Alangkah nikmatnya rasa bebas mahu melakukan segala perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri dan dunia.
[Catatan rindu seorang sahabat]:
Kasyifah adalah satu nama yang cantik seperti orangnya jua. Entah kenapa, segala yang berkaitan dengan Syifah air mata ini sering menitis. Menangis gembira, menangis rindu, menangis sebak tentang jauhnya jarak di antara kami. Tiap kali hati diduga, nama Syifah sering disebut. Kerana dialah yang sering datang dan memeluk tatkala diri tidak dapat mengawal emosi, dilanda kesusahan, dibenci manusia, ects. Sungguh, saya sayang dia!
Selepas Syifah menunaikan umrah, hati sering memujuk untuk freekan diri. "Call la Syifah, call la Syifah..". Nak tau apa yang dia experienced masa pergi tunaikan umrah. Akhirnya, Allah bagi kesempatan untuk kami berhubung. Syukur. Memang air mata ni menitis, bila dengar suara Syifah. Syifah kata, "Saya dah sampaikan salam tiqa pada baginda. Syifah dah doakan untuk tiqa kat sana. Nak tau tak, kat setiap tempat yang kita pergi tu, air mata ni tak henti2 mengalir. Rasa bahagia sangat dapat jejak kaki kat sini". Kawan mana yang tak gembira bila dengar perkhabaran yang baik dari sahabatnya? :)
Saya cakap dengan Syifah. "Syifah, masa Syifah takde kat Malaysia, tiap2 hari saya doa kat Allah. Saya cakap: "Ya Allah..aku rindukan Syifah. Rinduuuuuuuuuuu sangat-sangat. Kau lindungilah dia di sana. Kau makbulkanlah segala hajatnya. Kau permudahkanlah urusannya untuk menunaikan umrah di sana". Syifah menangis. Syifah cakap, "Terima kasih tiqa sebab doakan saya..terima kasihh sangat-sangat..". Erti persahabatan kami sangat dalam. Tiap bait kata yang Syifah doakan, saya percaya Allah Maha Mendengar.
Pernah satu hari, saya rasa risau dengan hari esok. Saya message Syifah kata kenapa saya risau? Apa patut saya buat? Syifah cakap, buat solat hajat 3 kali dan solat taubat sekali dan hajatkan apa yang awak nak, insyaAllah makbul. Saya sebak, sebab waktu tu saya tak boleh solat. Saya menangis. Syifah tenangkan hati saya: "Takpe, Allah tau badan tiqa penat. Doa je, zikir banyak banyak. Bukak bacaan al-Quran..jangan sedih tau sebab tak boleh solat, tak baik."
Alhamdulillah. Saya mempunyai sahabat-sahabat yang selalu memberi nasihat, motivasi & peringatan. Syukur, saya dianugerahkan & dikelilingi sahabat-sahabat yang dekat denganMu dan kuat berjuang untuk agamaMu. Mereka juga antara kekuatan saya. Terima kasih sahabat! Jikalau kamu tahu bahawa hati ini juga merindui kalian :') Walaupun saya bukanlah sahabat terbaik untuk kalian, tapi ketahuilah kamu semua adalah sahabat terbaik buat saya!
# Harapanku, agar bisa menjadi seorang sahabat yang setia seperti Saidina Abu Bakar. Mewarnai setiap episod suka & duka baginda Rasulullah s.a.w. Menjadi pendamping setia saat peristiwa penghijrahan Nabi dari kota Mekah ke Kota Madinah. Seperti itu harapan saya. Biiznillah.
Follow @sachiasukai
3 comments:
Salam..tqa, stifa nangis jugak..Subhanallah..Allahuakbar..trima kasih sbb sudi kawan ngn syifa, sudi kongsi kekuatan ngn syifa..hanya Allah yang mampu balas semua jasa baik tiqa..Syifa doa sangat-sangat, Allah pelihara hubungan kita hingga akhirat..
yang sayang tiqa..
Kasyifah..
ntah kenapa akak pun sebak baca entry nie...
Syifa, i ll love u always! I believe Allah will make this ukhuwah happier and always in barakah. Thank you again for all your comfort advice! Syg syfa!;)
Kak ila,thanks!
Post a Comment