Monday, July 23, 2012

Sulitnya Menjaga Hati


Bismillahirrahmanirrahim.

Time flies. Alhamdulillah, we are very blessed to be given another chance to celebrate this holy month. May this year's Ramadhan will be better and more meaningful than the previous years. InsyaAllah.


"Sulitnya nak menjaga hati ", 
keluh Sang Manusia.


Menjaga hati dari sifat mazmumah, menjaga hati dari lisan syaitan. Hati tu susah nak jaga, kan? Sebab tu Allah cipta satu je hati, duduknya di dalam jasad. Bukan di luar. 

Susah nak jaga hati, susah nak pelihara hati untuk menangkis dan mengikis sifat-sifat mazmumah yang bersarang dan merebak macam sel-sel barah. Sel-sel barah, kalau tak dibuang akan merebak dan membengkak akhirnya akan merosak seluruh organ dalam badan. Macam tu la dengan mazmumah, maksudnya penyakit-penyakit dalam hati. Penyakit dalam fikiran, penyakit dalam perasaan.

Syaitan ada macam-macam cara nak sesatkan kita. Bila kita buat jahat, makin tunggang terbalik dan terlangkuplah diri kita. Bila kita buat baik, syaitan pujuk supaya kita riak, takabbur, dan macam-macam penyakit hati yang lain. Bila kita berjaya, kita 'budget' bagus. Bila gagal, terus tak nak usaha dan salahkan takdir. Bila gembira, kita rasa dunia ni kita yang punya. Bila berduka, kita dengki dan cemburu dengan orang lain. Dah tak nampak, dah lupa apa yang Allah bagi sebaliknya sibuk mencongak dan mengira apa yang Allah tak bagi. 

Allah.

Susahnya nak jaga hati.

Minta SATU, Allah bagi DUA kita bersorak gembira. Rasa bahagia, dunia ini aku yang punya. Aku orang soleh/solehah, Allah dengar dan makbulkan doa aku. Aku orang yang baik-baik, aku dah usaha mesti Allah akan balas dengan kebaikan. Aku banyak bersedekah, mesti Allah pun bagi macam-macam.

Kita minta lagi SATU, Allah tak bagi. Terus kita meraban, rasa Allah tak adil sebab dah buat baik (sedekah, infaq dan macam-macam ibadah seperti solat tahajud sampai bengkak-bengkak mata, sanggup tak tengok EURO sebab nak baca al-Quran dan mengulangkaji pelajaran) tapi Allah tak bagi pun. Terus lupa apa yang Allah dah bagi sebelum tu.

Nama pun manusia, selalu lupa. Kena ingatkan.

Manusia dan CINTA tak pernah lari. Setiap apa yang kita rasa, itu lumrah duniawi lahirnya perasaan itu bagi seorang lelaki mahupun perempuan. Setiap apa yang kita lalui, mendewasakan kita, mematangkan kita. Inilah lumrah pahit manis sebagai seorang manusia, berbaur campur rasa suka dan duka. Benar, menjaga hati daripada sudut rasa cinta kepada seseorang yang belum lagi halal bagi kita memang susah.

Bila nampak orang buat maksiat, couple sana sini, pakai ketat-ketat tak tutup aurat terus 'budget' bagus sebab kita selalu pakai baju kurung, selalu pakai jubah, sentiasa pakai tudung, sentiasa jaga batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan. Nampak menyampah dengan mereka yang tak tutup aurat, pegang sana sini dengan yang bukan muhrim, terlupa nak jaga hati supaya kesiankan saudara seIslam tersebut, alangkah kesiannya dia kerana tidak mengenal keindahan Islam. 'Budget' bagus sebab rasa kita faham dan amalkan Islam, tapi dalam hati masih karat dengan sifat mazmumah.

Susahnya nak jaga hati T_T

Sebenarnya, kita akan diuji dengan apa yang kita cakap. Kalau seorang pendakwah, dia akan diuji oleh Allah dengan apa yang dia dakwahkan. Kalau seorang guru, dia akan diuji dengan apa yang pernah dia ajarkan. Kita semua diuji, kerana lidah kita, kerana tulisan (internet, buku dan apa saja medium) dan juga kerana perasaan kita.

Mungkin kita pernah dengar orang cakap, "Cakap la macam tu, esok lusa jadi pada diri baru tahu."

Sebenarnya, Allah akan uji dengan apa yang kita cakap. Makin banyak kita cakap, makin luas pintu ujian terbuka untuk kita. Sebab tu Rasulullah pesan kalau takde perkara baik nak dicakapkan, eloklah diam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pedih di hati tatkala melihat kawan-kawan kecundang menangis kerana CINTA. Sungguh, kerana aku tak pernah mengalami bagaimana rasanya 'frust' bercinta dengan manusia. Kita merancang, tapi Dia Maha Menentukan titik bolak dan balik hati manusia. We never know, Allah has a better plan for us. Kita ni manusia pertengahan, kadang rindu, kadang menangis sorang-sorang, saya sama dengan awak. Allah saksi semuanya. Cuma bagaimana kita kawal emosi dan perasaan itu yang menentukan tahap redhanya ujian yang kita lalui.

Sayang, bila rasa nak nangis, nangis je. Mengadu dekat Allah. Menangis tu bukan tanda kita tak sabar atau tabah, tapi tu kan salah satu cara kita nak rasa nikmat Allah. InsyaAllah, hati kita akan lebih tenang lepas menangis. Lepas ni awak makin kuat, kan? Jangan kosongkan hati dengan fikiran, kerana di saat itu syaitan akan mula mengambil alih.


"Manusia akan bercinta lagi di Syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai."


Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah yang ditunjangi tanggungjawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. InsyaAllah, Yang Halal pasti menemui walimu dengan cara yang paling baik, kerana engkau kan mawar berduri? :)

Wahai suami, wahai isteri. Sekali lagi ku tegaskan, inilah oksigen cinta - KEPERCAYAAN. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta, burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai... itulah dipercayai! Bukankah Nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar "Al-Amin" (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

SABAR.

Peluk daku agar bebanmu makin berkurang sahabat. Memang sulit menjaga hati, tapi berbekalkan makanan iman dan suapan ilmu tarbiyyah cinta, insyaAllah dirimu makin kuat menempuh apa pun ombak penyakit hati manusia. InsyaAllah.



Salam sayang, jaga diri.

2 comments:

nabila azmi said...

suke bce entry ni,..time kasih =)=)

Sachi Asukai said...

Thank you nabila for reading this entry :)You re welcome. Jaga hati yaa :)