Tuesday, January 18, 2011

Basketball and USM

Bismillah.

Basketball. I have no more practice like when i was in matriculation. Sukan FASA brought me into this game and i played only in certain games because i felt easily tired. But now, we don't have any more basketball matches. I'll miss this sport very much! 

Rushing back to the hostel, going to a Forum that's organized by USM, "How to be a Muslim 24 Hours For The Rest Of My Life??". I was touched when the ceremony begins the forum by a short video and mostly, my souls were there, hearing the background song which reminds me the situation when i was in SEMASHUR. I miss everything, i miss the people, i miss the culture. Almost cried but cover up saying "there's a hikmah on it why u came here and sit to hear what's this all about"...


  • Kisah Zainab, puteri Rasulullah. 
    • Zainab, tersepit antara cinta 2 insan yang disayanginya. Bapanya, Nabi Muhammad yang sewaktu itu diangkat menjadi Rasulullah dan juga suaminya, Abul 'Ash yang masih belum memeluk Islam. Ketika terjadinya Perang Badar, suaminya ikut turun bersama kaum musyrikin menentang Rasulullah dalam Perang Badar. Kaum musyrikin kalah dan Abul 'Ash turut menjadi tawanan dalam kelompoknya. Rasulullah mewajibkan sesiapa yang ingin menebus tawanan, hendaklah membawa wang tebusan. Zainab menebus suaminya dengan kalungannya yang merupakan hadiah dari ibundanya, Khadijah bt Khuwailid sewaktu mereka menikah. Alangkah sedihnya Rasulullah pada waktu itu, kerana baginda kenal kalungan itu. Kalungan isterinya yang diberikan kepada Zainab dan setelah itu, Abul 'Ash dibebaskan dan akhirnya masuk Islam. (Full story)
  • Syurga
    • Ada seorang pemuda yang mundar-mandir di Syurga, lalu ditanyakan apa kebaikan yang dia pernah buat di dunia? Dia menjawab, "Saya hanya membuang duri di jalanan."
  • Facebook
    • Dalam kita asyik ber'facebook', jangan lupa to face the actual book. Kerana 'book' inilah yang akan ditunjukkan kat 'face' kita kelak. Kita boleh log-in dengan senangnya, tapi kita tak boleh log-out dengan senangnya. Fikir-fikirkan! Gunakan teknologi untuk dapat pahala. Tekan butang 'Share' if it's beneficial to us and all muslims. InsyaAllah :)
  • Cinta seekor Singa kepada anak Rusa
    • Satu hari si ibu rusa meninggal sewaktu ia melahirkan anaknya. Lalu, si ibu singa ini pun mengambil anak rusa dan membelanya seperti anaknya sendiri. Hari demi hari, terbit rasa cinta ibu singa sehingga ia mampu membatasi nafsunya untuk makan kerana anak rusa ini membesar di depan matanya sendiri. Bila anak rusa membesar, ia pergi berjalan-jalan, namun si ibu singa berasa tanggungjawabnya belum habis sebagai seorang ibu. Ibu singa ikut ke mana sahaja anak rusa itu berjalan dan memerhati dari jauh. Tapi, bila sampai di satu tempat, terdapat si ayah singa yang sewaktu itu sedang lapar dan terus membaham anak rusa itu tanpa mengetahui yang selama ini si ibu singa itulah yang membelanya dari kecil sehingga besar. Ibu singa itu melihat anak rusa dibaham dengan linangan air mata dan sedih.
  • Apabila kita bekerja untuk Allah, Allah akan tolong kita.
    • Kita akan diuji.
    • 3K yang kita patut buat to be a muslim 24 hours for the rest of my life:
      • Kutip ilmu.
      • Kekalkan kehendak and semangat.
      • Kongsi dan kembangkan Islam / dakwah.

Selamat beramal! Syukran.

4 comments:

simpangSIUR said...

subhanallah..mu ingt :) alhamdulillah boleh menampung kekurangn aku :)
terimakasih sachi..

JIJI YU said...

trime kaseh..entry ni molek sgt dibace malam2 sebelom tido ni..muhasabah diri

atieshariffuddin said...

alhmdulillah, ilmu utk hari ni

Sachi Asukai said...

Heng, sekadar ingat sket demi sket pengisian forum tue.hii, insyaAllah..:)

Jiji, alhamdulillah.baca molek deh malam2!huu~^^

Atie,alhamdulillah..if it's beneficial for you!