Wednesday, June 5, 2013

Cherish The Moments


Hari union bagi semua pelajar tahun akhir. Of course semuanya akan teruja untuk gembira dan terus tersenyum pada hari itu. Including meeyy :) Masing-masing mengenakan busana atau dress dengan gaya tersendiri. Saya memilih untuk mengenakan dress bertema 'Simple but Elegant' walaupun lari sikit dari tema Vintage Style yang mereka anjurkan. Haha. No doubt, pakai je any clothes asal selesa dan menutup aurat :)

They are my part life stories. 
Ramai lagi. Ramai sangat yang saya nak mention dalam ni. Tapi belum cukup space :p

As usual, after Maghrib terus pecut kereta nak sampai KB. Target pukul 9.30pm dapat reach bandar Kota Bharu. Sampai-sampai je di Hotel Crowne Garden, semua mata tertumpu pada si cinderella yang datang lambat. Malu kucing kami kat situ. But we've applied apa yang Kelab Nutrisi ajar. Always be confident with who you are. Confidence is the key to convince people that you're not afraid of anything except Allah.

Ready. We're smiled. Mata melilau mencari meja dan seat kosong. Fortunately, bahagian depan meja staff kosong and dengan terujanya kami datang and managed to get the most front seat ever! Alhamdulillah :) And after majlis habis, masing-masing mencari kawan untuk bergambar to cherish moments yang 4 tahun lamanya kami berkawan dan berjuang belajar ilmu masing-masing.

Saya renung dalam-dalam gambar ni. Ada cerita yang akan berbeza selepas kami tamatkan pengajian Degree. Mungkin ada yang akan berjuang bersama di laluan yang hebat. Mungkin ada yang masih mencari-cari, menunggu nama dipanggil untuk interview, menyambung Master, PHD and so on. Malah mungkin ada yang memulakan asas keusahawanannya sendiri, mengolah bakat terpendam lalu menghasilkan sesuatu yang berguna pada masyarakat. Who knows? :)

Saya doakan yang terbaik.

Saya? *senyum*
Saya masih kuat dengan cita-cita dan impian saya. Meneruskan misi nutrisi. Mencari rezeki dengan peluang 9/10 yang Nabi anjurkan. Membantu lebih ramai orang di luar sana; yang hakikatnya sedang mencari tujuan hidup, kesihatan, kasih sayang, penghargaan, nilai hidup dalam menjadi seorang Muslim. Saya berimpian menjadi usahawan hebat seperti Khadijah, isteri Nabi yang sangat dikagumi dan penyayang.

Mana mungkin semua itu akan terlaksana tanpa impian dan usaha yang nyata. Jom muhasabah! Bina hubungan yang kuat dengan Tuhan. Sekuat mana sekalipun kita berusaha, belum tentu kita berjaya sekiranya Dia tidak perkenankan. Perbaiki hubungan dengan Allah and trust me.. segalanya akan menjadi mudah. Lebih mudah kita memberi kepada masyarakat. Dan pada yang sama, Dia akan pulangkan ganjaran yang berlimpahan buat hambanya yang bertakwa.

************************

Ya Rabb, permudahkan urusan kami.
22 days more. It's ending soon.

No comments: