Saturday, November 3, 2012

Payung Cinta


Payung ini payung cinta,
Ku dirikan batangnya,
Ku lebarkan sayapnya,
Indah..Cukup indah.

Warnanya seolah-olah menghiasi hidup,
Walau tak semua ceriteranya tersusun cantik,
Walau tak semua ceriteranya dirancang baik,
Yang Di Atas itu Maha Mengerti,
Apa yang kurang, dan apa yang perlu.

Payung cinta ini menterjemahkan siapa kita,
Payung cinta ini mentafsirkan ukhuwah kita,
Payung cinta ini mengikat hati-hati yang berada di bawah lembayungnya.

Tatkala tarbiyah mewarnai sukmaku,
Kala itu aku sedari,
Hikmah takdirku jauh tercampak dari bumi sendiri,
Ganjaran kepasrahan yang tiada terperi,
Di dalamnya... Ku temu harga seorang aku,
Di dalamnya... Ku temu nilai kecintaan pada Yang Satu..
Di dalamnya ku temu,
Ikatan erat teman searah yang tegar melangkah,
Walau jalinan tidak sedarah,
Namun terpateri kuat kerana Allah.

Ku kenal erti ukhuwah,
Ungkapan bukan sekadar kata, tapi suatu rasa,
Bukan sekadar bicara, tapi zahir ternyata,
Bukan sekadar omongan, tapi nikmat kemanisan iman,
Catuan kasih di nurani insan,
Berpadu berlandaskan al-Quran,
Bertaut hati kerana Tuhan.

Syifa Kasyifah, pentarbiah hatiku,
Salimah Razak, penterjemah bicaraku,
Norsyamimi Norman, pentafsir hatiku,
Aishah Aini, pemotivasi diriku,
Amira Shafinar, pencetus ideaku,
Syahadataini, pendokong gelakku,
Shahida Annur, penguat senyumku,

Payung cinta ini untuk kamu,
Wahai teman.


4 comments:

nabila azmi said...

suke puisi ni..nk simpnla=)

Sachi Asukai said...

Thank you, nabila. As you wish :)

shara aryana said...

ukhuwah fillah abadan abada..May ALLAH bless us..i love payung cinta..

Sachi Asukai said...

Ameen. Thanks :) InsyaAllah, sampai ke syurga kita bertemu. Doakan.